14 September 2018

TRIP SEPAK DAUN : BUKIT BOTAK, PUNCAK ALAM.

Salam, hi whats up gais ?!

Alhamdulillah sekarang aku makin konsisten dengan hiking trip for newbie yang aku buat since August 2018 haritu, dah nak masuk Bukit ke 6 Ahad ni (16.09.18). Thank you Coachs and peserta yang memberi support dari awal ! heyahh

Setel explore Bukit Sapu Tangan, kami pergi Bukit Botak pula, dekat je dekat Puncak Alam masih  area berdekatan Shah Alam/Klang juga. Dari rumah keluar dalam 5.30 pagi macam tu sebab dari rumah ke P.Alam lebih kurang 40-30 minit juga . Lagipun pagi tak jam so boleh je sampai awal dari tu. Sampai P.Alam dalam pukul 6.10, setelkan solat subuh kat masjid Puncak Alam wehh sumpah lawa masjid diaaa ! selesa habis laa

Plan mendaki pukul 7, dari masjid ke starting point tak jauh pun dalam 5minit je. Sampai pun memang cun around 6.45am. Briefing and warming up tepat 7am kami angkat sauh. Starting pun dah menguji yaaa, dia punya menaik tu fuhhh dengan aku bawa bag berisi 2 botol 1.5L air, shake and roti lagi. Sini kawasan ladang kelapa sawit, tapi tak merbahaya pun. Trek okay tak berbatu batu cuma berbatu kecik dan berdebu je, kalau jatuh terseret sakit wooo.. kalau hujan boleh bayang la tanah dia licin macam mana...


ni lebih kurang 10 tapak baru gerak dari starting point. Muka steadehh lagi ni.



dah 10 minit gerak terpaksa tukar bag dengan Naim sebab i is so tak larat sebab time tu jugek laa masalah angin aku nak mai buat hal. habis terkeluar semua shake sistur pagi tu, hari sebelum tu makan merapu dengan tak cukup rest, so memang salah sendiri la tak jaga makan and prepare untuk hiking, lesson learned. 





part ni mencabar sikit la sebab kena turun pakai tali, nasib baik tak hujan so tanah tak licin




dah berpanas panas kami cari tempat teduh sikit nak lepak minum HERBALIFE SHAKE sebagai post recovery meal sambil sharing session sikit


kalau lambat naik memang berpanas laa macam kat gurun pun ada


view lawa je weh


otw nak ke puncak, aku pun dah serupa super saiyaaa kat situ


OKAYY BOLEH REPEAT LAGI !

Tahap kesukaran : 1.5/5

29 August 2018

TRIP SEPAK DAUN : BUKIT SAPU TANGAN, TAMAN BOTANI SHAH ALAM

Salam. Hi guys !

Last week Mal and geng kami first time naik Bukit Sapu Tangan. Bertahun tahun duduk area Klang Shah Alam, dok pi hiking bukit luar.. bukit dekat dekat tak heran pun. 

Actually Mal memang organized hiking trip untuk Newbie. So, memang cari bukit-bukit yang senang untuk yang baru-baru nak up ni, hahah. Kekdahnya memang cari area paling dekat Klang/Shah Alam. Untuk first event ni kami pilih Bukit Sapu Tangan, baca review trek pun senang gitukan. Sesuwaiii untuk Newbie. Ya, trek senang tapi penat ya Tuhan, sis pancit sikit ok so jangan pandang enteng ya bukit yang senang begini haha.

Jangan risau sebab situ memang ramai je yang naik, family friendly boleh bawa anak-anak join sekali. Kami start berkumpul pukul 8am, buat warm up sikit 8.15 and sedikit briefing. Tepat 8.30am kami gerak naik sama- sama.. 










trek simple and level easy peasy cuma mengah sebab ada part yang pacak mak oihhh, kalau first time datang pancit jugak la, tapi nak naik trek macam tu ada cara gak supaya tak cepat penat so coach akan ajar cara bernafas dan menapak cara yang betul. Sebab kami jalan pun berlenggang tak kejar apa so perjalanan naik tu lebih kurang sejam, kejap stop amik gambar and video, nama pun first timerrrr hahah. Sampai atas tu lebih kurang 9.30 , rilek rilek jap minum shake and sikit ice breaking perkenalkan diri and sharing lepastu picture time... 






Salah satu motif kitorang buat Hiking for newbie ni untuk galakkan healthy active lifestyle. Ramai nak sihat tapi tak tahu cara, so salah satu nak tarik minat melalui hiking and then kita akan ajar pasal nutrition and pemakanan pulak. Yang berminat nak turun berat boleh join program turun berat they will get 80% Nutrition and 20% Exercise.  Hiking tak boleh buat kita kurus tapi "rutin" kita hiking dan pemakanan yang sihat boleh buat kita kurus !



BUKIT SAPU TANGAN
Tahap kesukaran : 1/5
Tempoh pendakian  : 45-60 minit





16 July 2018

Peperiksaan Jawatan Penolong Pendaftar UiTM 2018

Salam. Yaaaa, kalau korang tengah baca entry ni bermakna mesti tengah cari info pasal exam ni kan? First of all, tahniah ! 

Aku pun baru semalam setel exam tu, dapat sms dari UiTM last week. Biasanya akan ada masa seminggu untuk korang study nak amik exam tu.  Usually memang orang akan google kan? Yes, i did the same thing tapi yelah masih tak banyak info yang dapat. Aku sampai tanya member ada sesiapa pernah amik tak exam ni sebab aku pun first time. Ada la member ni pernah ambil dua kali katanya tapi masih tak lepas, aku dah cuak laaa T_T, and dia bagi je tips and topik topik yang selalu keluar..

So, untuk korang yang tak tahu nak study apa mehh aku share topik-topik yang ditanya...

1. Pasal UiTM sendiri la of course... sejarah, canselor, moto visi falsafah,tarikh2, logo, maksud lambang, akta 173, senang cerita buka je website uitm, baca je. Aku aim banyak soalan pasal uitm keluar sebab tahun sebelum tu katanya banyak pasal uitm, tapi this year berapa ketul je. So, soalan2 agak unpredictable ye, nak selamat baca je la semua.. 

2. Pengetahun Am, sejarah malaysia, sukan (cara permainan, contohnya pasal rugby ada berapa orang pemain) , suku kaum kat malaysia..

3. Penjawat Awam, lantikan, tarikh pergerakkan gaji, cuti, elaun, bila pengesahaan jawatan, berapa hari notis perletakkan jawatan (sebelum/selepas sah jawatan)

4. Majlis raja-raja, tugas ydpa, perlembagaan, kabinet,.. 

5. Matematik..probability, simple maths yg boleh congak or guna jari kalau mmg bijak maths. Kalau guna kalkulator lagi jimat masa. Macam aku guna jari and buat bentuk lazim hewhew sebab terbawa kalkulator saintifik and tak boleh pakai pun..


So basically sebelum exam benda penting kena bawa :


  • Surat panggilan peperiksaan
  • IC
  • Pensel 2B (untuk kertas jawapan OMR)
  • Pen (tulis nama kat slip calon)
  • Pemadam 
  • Kalkulator biasa/bukan saintifik (yg warna warni biashe2 tu je)
Pemakaian bebas nak pakai apa tapi make sure sopan lah. Aku lak memula pakai kemeja dgn jeans sebab lepas exam nak keluar jalan2 terus, ripped jeans pulak tu terus kena bebel dengan mak aku, so tukar lah pakai slack. Dah sampai sana memang bersyukur tukar sebab mostly pakai baju kurung wehh hahah. 

Check nama korang dalam list betul ke tak ada kat dewan tu sebab exam dijalankan kat beberapa dewan. Semalam dewan aku saja 840 orang, dewan lain tak tahu la berapa ratus.. tak termasuk exam kat kampus lain lagi. Bayangkannnn berapa ramai yang mohon ! So, all the best korangggg :)

25 June 2018

MAKAN WAKTU RAYA BOLEH GEMUK

hi gais,

RISAU NAIK BERAT BADAN WAKTU RAYA? [TOLONG BACA]

Ramai yang tengah 'on diet' mula risau bila tiba Hari Raya, tengah cun cun diet bulan puasa mesti kantoi jugak Hari Raya Pertama kan ? Kalau macam takut-takut nak makan pun kena perli dengan makcik bawang "diet ke?" tambah pulak bisikan syaithonnn (kan dah terlepas) mulalah "goyang".. Sebenarnya tak ada masalah nak enjoy makan waktu Raya. Masa tu la penting untuk kita ambil kesempatan makan sedap-sedap, relaks dengan family, takde stress fikir berat badan. Sibuk nak jaga makan tak ke lagi stress tengok orang mencekik depan mata, kalau tak tengok sekalipun confirm bau rendang tu menusuk jugak lobang hidung, kembang kempis tahan bau kan.

Sadis betul orang lain makan, kita sibuk diet memang la kena perli ! Jangan tunjuk betapa complicated nya la nak kurus, make it simple and enjoy the moment. 

Makan je la, dan of course lepas kita makan kalau timbang je akan ada kenaikkan , tapi jangan risau kenaikkan ni bukanlah sejenis yg kekal sebab kenaikkan tu sebenarnya adalah disebabkan air dan actual food yang kita makan. 

DON'T : lepas terlebih makan , keesokkanya jangan terus over exercise pula and restrict pemakanan terus, tak membantu on the spot pun turun berat.

DO : Keesokkannya ke back normal routine , jaga water intake, mula makan suku suku separuh pula. Makan ikut magic number anda !


Tips untuk Herbalifer : Pagi sebelum solat Hari Raya jangan lupa ambil dulu 123 (Aloe + Tea Mix + Shake) balik dari solat boleh la makan benda lain pula tapi confrim takkan melantak banyak punya sebab dah kenyang ambil 123. STANDBY senjata utama kita, Herbalife TC Formula ! Seharian bawa 1-2L Tea Mix bila bertandang raya ke rumah orang, instead of minum air manis baik minum Teamix kan ?

MINDSET : Haruslah 100% focus pada yang baik-baik, jangan overstress fikir dah makan banyak, make sure pembuangan pun lawas so lepas membuang otak kita pun automatik akan sedapkan hati "ok ni makanan semalam dah keluar" haha. Move on and fokus pada hari yang baru !

 Konklusi : makan sehari tidak terus menggemukkan ya !


ps : masa raya lepas ada sedara tegur "budak ni makan banyak betul tapi kecik jugak" aku hehe kan je.  Thanks Herbalife !


MULAKAN PROGRAM KURUS HERBALIFE
Hubungi terus 011-26267295 

atau Klik Sini untuk dapatkan Herbalife.



31 December 2017

Personal Wellness Coach | Jurulatih Pengurusan Berat Badan : 011-26267295 (HERBALIFE MEMBER MALAYSIA)




HERBALIFE-KLANG-HERBALIFE-SHAH ALAM-HERBALIFE SETIA ALAM


Masih stress dengan diri sendiri sebab gagal turunkan lemak dan berat walaupun dah bersenam dan diet ?

“Saya selalu Zumba, berpeluh macam banyak sangat lemak terbakar tapi berat tak turun juga”

“Aku pergi gym, tapi tu laaa bab makan kelaut ah!“

“3 tahun lepas boleh je pakai saiz S, tahun ni naik pulak saiz ke L, acane ni?”

“Nak bersenam jadi kurus, tapi aku takda stamina, tak fit langsung weh , tu yang gemuk sampai sekarang”

========================================================
TURUN BERAT SENDIRI vs TURUN BERAT BERSAMA JURULATIH ?
========================================================

Turun berat sendiri :

Tak ada bimbingan COACH.
Tak tahu MAKANAN apa yang sesuai.
Tak Serius sebab tak ada orang PANTAU progress.
Tak tahu SENAMAN yang sesuai.
Tak ada MOTIVASI.
Kebarangkalian NAIK BERAT badan semula lebih tinggi.
Kalau turun banyak pun tak ada orang nak bagi RECOGNITION




Turun berat bersama jurulatih :

 COACH Peribadi,feel free to ask anything !

 ILMU ASAS pemakanan & senaman yang boleh diamalkan secara berterusan
 TIPS turun berat dengan pantas walaupun makan nasi.
 ✅PDNFFFG GPEMANTAUAN dari coach supaya anda lebih berdisiplin.
 DIRECT COACHING 100% melalui online (Whatsapp)


HERBALIFE-KLANG-HERBALIFE KLANG-HERBALIFE-SHAH ALAM-HERBALIFE SHAH ALAM-HERBALIFE-SETIA ALAM-HERBALIFE SETIA ALAM-HERBALIFE







Ikuti kisah kejayaan saya TURUN BERAT ➤ MOMENTO LOST 14KG







HERBALIFE-KLANG-HERBALIFE KLANG-HERBALIFE-SHAH ALAM-HERBALIFE SHAH ALAM-HERBALIFE-SETIA ALAM-HERBALIFE SETIA ALAM