25 May 2013

SOMA EXHIBITION | MAY 2013 | Soul Sister's Project

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga satu event keramat semester ni, SOMA Exhibition pada 16 May lepas. Segala usaha keras kami terasa berbaloi bila Sir Mazlan kata SOMA exhibition kali ni 'the best ever' dan aku rasa semua yang terlibat pun rasa benda yang sama if compared to last semester punya event we're the best kot. Leulz. No hard feelings ya seniors :P

On that day pun everything went well walaupun agak kelam kabut sikit tapi we've managed to handle it. Yayyy ! :D 
Dear soul sister, sesungguhnya aku bertuah dapat bekerjasama dengan korang. Suka duka pahit manis perit maung gunung bukit kita redah sama-sama, sisterhood sangat. Gittuew. :p


Tyha, 
Project Manager of Soul Sister's Project
Classmate dari semester 1 sampai sekarang dan insyaAllah sampai kita habis BCA okay Tyha sayang ? :D Terima kasih sebab jadi a great leader for our group sampai berjaya, terasa gemilang sangat *bunga api meletop*
You're the best leader indeed. :D Ai ai captain !! 


Fiera
another 'orang kuat' dalam soul sister
Bukan kali pertama bekerja dengan Fiera ni, so aku tahu sangat style kerja dia. Sangat hard working, dia tahu apa dia nak dan dia akan buat sampai dapat. Paling bertungkus lumus dalam mencari sumbangan dari pensyarah sana sini . Good job Fiera ! :)


Bella
merangkap Ketua Logistik
First time sebenarnya aku bekerja dengan Bella ni memandangkan baru semester ni sekelas dengan dia. Sangat sangat berjasa dari segi pengangkutan. Menyediakan perkhidmatan kereta, motosikal dan lori. Hantar kami pergi balik, pergi sana sini beli barang pergi belikan makanan dan macam macam. Seronok dapat satu group dan kerja dengan kau :D thanks bella !


Mastura
Secretary of Soul Sister
Penaip surat untuk minta sponsor, penaip proposal dan juga
kalau nak tahu, proposal proposal yang Sir tak sempat sain tu, dia lah yang tolong sain kan. Hihi. Salah seorang ahli kumpulan yang sangat berdedikasi sampai buat kerja jatuh terduduk. Nampak tak betapa dedikasinya dia sampai accident ? Hahaha. Harap kau cepat sembuh eh Mas :)


Jannah a.k.a Jayy

Thanks Jayy walaupun hang ada bertimbun timbun assignments dan presentation tapi sanggup datang rumah kami untuk merewang goodies kita. Ewahh, merewang okk. Hihi. 
Jentera jentera potatoes twister yang hang bawak memang the best. Tapi aku tak sempat nak merasa :( sobs. 


Nazha a.k.a Kechik

Payah benar nak cari gambar dia ni, stress pulak aku, last last crop je. Hahaha. Yang pakai spek comel comel kat belakang tu aa Nazha. :D Memula aku confused siapa Nazha, siapa Syaz, siapa Wani. Rupa-rupanya orang yang sama. Leulz. Bespreng jayy ni, haritu sama-sama merewang dengan jayy lah. Hahaha. Paling bersemangat dalam semua benda dan banyak idea :) 


Dan kepada yang lain-lain Ika, Fiza dan Miya kerja keras korang banyak membantu group kita. Buat ice-cream malaysia sampai bengkak bengkak jari. Seratus batang ais krim hoi, mana tak bengkak jari jemaris u'olls kan tapi akhirnya berbaloi :) Baju baju jualan Miacara pun amat laris. Rezeki namanya, alhamdulillah :)




Soul Sister with Dena Bahrin  




Soul Sister with Amir Jahari

Sesungguhnya kami sangat bertuah sebab dapat jemput Dena Bahrin dan Amir Jahari sebagai special appearance masa tu. Dua dua memang super awesome. :) Aku rasa ramai yang happy dapat jumpa Dena dan enjoy dengan performance Amir Jahari. Terima kasih kepada yang menyokong dengan beli kupon kami haritu. Hihi. Terharu tau ramai beli. :')

Kepada yang tak tahu, kitorang mengetengahkan campaign " Volunteerism " . Selain attract orang untuk join Kelab Sukarelawan, kitorang juga mencari dana untuk didermakan ke rumah anak-anak yatim dekat Perlis. Maka, jangan salah faham kalau ada benda yang korang kena letak duit masa dekat booth kami haritu. Duit tu bukan untuk kami pun, tapi untuk mereka-mereka yang memerlukan. :) 





 cari baju untuk abam Amir. hihi









Dari maghrib sampai pukul 2 ke 3 pagi tah semua berkampung dekat faculty. Serius aa, aku akan rindu semua momen momen ni T.T




Yatt Hamzah & Salima dari Aman Palestin


Dena datang je, semua serbu. :D
Keep calm and meet Dena Bahrin. 
Masalahnya gua tak boleh keep calm. Menggigil jumpa dia. 



Classmate sekolah rendah, dulu duduk sebelah sebelah. Alahai, how time flies.
 Now kita se-university pulak kan ? Thanks Myra for coming :)
Terharu kita tauuu
Datang jauh jauh dari FSKM. Cehh jauh lah sangat. HAHAHA. 

" Saya datang nak jumpa awak lah Mal bukan Dena "
" Like seriouslyyyy ?? "
*terus peluk*



Gua silang kaki nampak macam gua lagi gengster ni.
Rasa nak tampar diri sejuta kali sebab Amir Jahari sudi penuhi jemputan kitorang.
Seriously, he's very talented. Suara dia nyanyi live sedap gila okk, takde tapis tapis pun macam suara dia dalam radio. 
Bak kata Fiera, rasa terharu dengar suara dia menyanyi. 



Terus duduk terkepit-kepit. Tak berani gua silang kaki duduk sebelah abang taiko. 
Hahaha, tahu pun takut.
Sofi Jikan (Y)
Kalau tenung lama-lama gerun jugak sebenarnya. 




Barisan pemenang lucky draw

Aisyah Farhah


Najah


Nina




Adik-adik dekat rumah anak-anak yatim di Perlis tu, ni semua untuk adik-adik okay
Alhamdulillah :)







" Hey, tudung you sama dengan rambut I lah ! "

Ini Joe Lee, manager Amir Jahari.
Kalau nak panggil Amir Jahari perform ke boleh lah deal dengan dia.
He's very nice person pastu sporting pulak tu, takda kerek-kerek dengan orang punya :)
Kalau korang perasan, dia pernah jadi one of the judges and tenaga pengajar Akademi Fantasia dan dia jugak lah yang membawa Amir Jahari ke industri muzik dari zaman AF dulu sampai sekarang. 


mihmihmih

Ps : SOMA tu stand for Social Marketing ye adik-adik. One of the elective subjects for semester 3. Yes, it's a subject.