09 January 2020

TURUN 13KG DENGAN NUTRISI HERBALIFE *updated*

Salam and Hi !
Yeahh agak lama juga tak menulis ni rasa krik krik pulak. Tu la dulu sibuk sangat ternak lelemaks menggemukkan diri je sampai bersawang dah blog ni haa. Sekarang dah kuruih (ehem) boleh la iols bukak cerita sikit, Meh la iols  payung cerita macam mana pengalaman dah lost berat lebih 11kg ni (and more body fat to lose, insyaAllah)

Zaman kanak kanak Mal agak berisi juga sampai ada nama panggilan "PAU" dalam kalangan family sebab pipi macam kuih pau lahh. Bam bam tu makin lama makin susut akibat asma masa tu. Maka tiada lagi panggilan "PAU" selepas itu, sedih jap. Haha. Zaman sekolah menengah pulak Mal seorang yang tak besar dan takde lah kecik sangat, so-so je. Berketinggian kurang 150cm membuatkan Mal nampak macam kanak kanak sekolah rendah selalu jugak tipu tipu jadi budak 12 tahun untuk tiket murah. Ahaks !


BERAT MULA NAIK ! OMG OMG OMG


Masa ni langsung tak pernah kisah pasal berat badan, rasa sangat sangat okay je. Berat masa ni dalam 46kg-47kg, saiz baju pun S-M je. 



Habis je asasi undang-undang, sambung pula degree di UiTM Shah Alam, haa bayangkan betapa syurga dunia bab makanan dekat Shah Alam ? Makin menjadi jadi la tabiat makan yang tak sihat ni. Life as student pun tidur tak menentu, malam malam stay up nak study tapi mulut nak mengunyah. Air manis dah macam air masak je Mal minum terutama kopi dan nescafe ais. Memang addicted gila. Air masak jauh sekali la nak minum, sebotol 500ml tu pun seminggu tak tentu habis. Fast food seminggu 2-3x dah tentu. Dah terasa sikit naik berat, tapi takde la serious diet nak kurus bagai, agak agak tengah insaf dan sedar diri gemuk ada lah pergi turun jogging tapi itulah, 10 minit je tahan lepastu terus terhuyang hayang pening semacam pastu balik makan nasi lemak. Haha. 

BARU TAHU TAK FIT RUPANYA

Tak pernah tahu diri ni tak berstamina dan fit sehingga satu hari tu pergi panjat Broga. That was the worst experience of hiking I ever had ! Dah la first time hiking, lepastu ada sejarah hitam pulak dekat situ. Al-kisah, memang rilek je la nak pergi tu siap makan burger mekdi lagi. At first naik tu macam ok la, laju je jalan. Baru 10 minit macam tu badan dah rasa lain macam. Rasa nak muntah, mata jadi gelap, badan sejuk berpeluh, stop jap, terus burst ! selambakk la keluar balik mekdi. Hahaha. Member tarik belakang baju, taruk minyak angin terus brrppppp ! banyak gila angin dalam badan. First time sendawa teruk macam tu. Haha. Give up teruk masa tu, taknak naik dah. Luckily ada member member yang gila supportive. 4-5x kali stop muntah ended up sampai jugak and memang lembik gila. Sejak kejadian itu menimpa, diri ini telah berjanji bahawa itulah kali pertama dan terakhir pergi hiking ! Kahhh

BERAT MENGGILA NAIK LAGI BILA MULA BEKERJA






*PEMBETULAN : NOVEMBER 2015
KEMUNCAK SERIUS TURUN BERAT

Satu hari, cari baju untuk attend satu meeting client. Punyalah kecewa sebab size L dan XL pun tak muat (sebab baju tu fit sikit).lepastu macam tersedar dulu Mal tak pernah sentuh size L dan ke atas. Dah masuk XXL ni, absolutely NOT ME ! Kedua, awal November masa nak cari baju untuk attend konvokesyen adik. Satu baju kurung pun tak muat even baju konvo sendiri bulan May pun tak muat, iols is sedih ! Buntu juga tak ada baju ni, lepastu saja cuba baju adik sebab adik memang berbadan besar. Memang NGAM NGAM je lah. Oh maynnnn, apeni apeniiii.. this is not me again ! Rasa rindu pada baju baju lama bersaiz S dan M, dah lama sangat tak pakai. Jeans kesayangan Mal pun dah tak muat langsung, kecewa tau.
Mal mula cari solusi, survey program turun berat badan. Pernah pre-register untuk satu program turun berat tapi 2 minggu lepastu macam tak ada apa news dari pihak mereka. Kecewa lagi. Haha.


JUMPA PENYELESAIAN TURUN BERAT DENGAN HERBALIFE

Bertahun tahun tahu nama HERBALIFE tapi tak pernah kisah, tapi satu hari terpandang botol 2L HERBALIFE yang colleague Mal bawa setiap hari ke office. Dah berbulan bulan dia bawak baru satu hari tu Mal teramik kisah pasal HERBALIFE. Lepastu baru teringat ada juga 2-3 orang juga yang Mal kenal (makcik, kawan-kawan, cikgu) berjaya turun berat dengan HERBALIFE. Then why not cuba kan ? Okaylah, rujuk 2-3 orang yang Mal kenal ni tanya program, bertambah keyakinan sikit untuk cuba dan nekad nak mula program dengan HERBALIFE akhir 2015.  

MULA PROGRAM TURUN BERAT BERSAMA NUTRISI HERBALIFE 






Bulan pertama dengan Herbalife

Apa yang Mal buat ? Mal hanya gantikan sarapan pagi dan malam dengan Nutrisi 123 dan, ni antara tips turun berat yang Mal praktikkan sepanjang program :

TETAPKAN MATLAMAT :
Sebelum nak turun berat, kena tahu kenapa kita nak turun berat ? berapa nak turun ? letak target siap-siap, declare nak turun berapa, dalam masa berapa bulan. Macam Mal, memang dah declare nak turun 10KG, semat dalam diri siap siap matlamat tu. Alhamduillah, lebih dari tu Mal dah capai. Gunakan konsep SMART untuk tetapkan matlamat.
S : Specific
M : Measurable
A : Achievable
R : Realistic
T : Time

UBAH TABIAT MAKAN :
Sesungguhnya tabiat makan elemen terpenting untuk turun berat. Kita gemuk pun sebab makan, dan kita nak turun berat pun kena kembali kepada makanan bukan ubat. Bezanya, cara pengambilan makanan tu. Bersyukur berjumpa dengan jurulatih nutrisi Coach Kay yang banyak bagi tunjuk ajar cara pemakanan yang betul. Apa paling best tak payah skip nasi oii ! Sepanjang program Mal tak pernah berlapar. In fact, nak turun berat kena banyak makan, 5x sehari pulak tu. Hanya ikut konsep, 80% pemakanan yang baik dan 20% senaman. Kalau buat 80% senaman tapi tak tahu cara makan yang betul, tetap rugi. 

KIRAAN KALORI

Kurangkan kalori, bukan makanan ! Pentingnya kena tahu berapa kalori badan kita perlukan. Dapatkan "magic number" dari Coach untuk kawal kalori. Selalunya magic number ni boleh dapat melalui body scan (timbang) dari bacaan BMR (Basal Metabolic Rate). Bila dah tahu magic number, Mal guna apps myfitnesspal untuk track kalori harian.

3-6 BULAN YANG PALING SERIUS :
Berat naik pun ambil masa bertahun tahun, jadi tak boleh lah nak turun berat pun kejap je. Bagi masa pada diri sekurang-kurangnya 3-6 bulan. Apa yang penting, 3 bulan pertama dalam program. Apa mal buat dalam masa 3-6 bulan yang paling serius ni ?

  • konsisten dengan Nutrisi 123 Herbalife
  • ikut meal plan (mengikut magic number) yang disediakan oleh Coach
  • bersenam 3-4x seminggu (termasuk program Shah Alam Fit Challenge)
  • kurangkan dan elak minum air manis dan berkafein
  • elakkan makan fast foods and junk foods
  • minum air kosong minimum 4L (25KG =1L)
  • cheat day 2 minggu/sebulan sekali 
HASIL DAN TESTIMONI HERBALIFE (TIDAK TIPIKAL DAN KEPUTUSAN MENGIKUT INDIVIDU)


BULAN KEDUA : LOST 7KG


BULAN KETIGA : LOST 9KG


BULAN KELIMA : LOST 11KG







TOTAL LOST 13KG !
hasil tidak tipikal dan keputusan mengikut individu

Selain penurunan berat banyak lagi improvement yang agak ketara terutama dari segi stamina dan tenaga. Kalau dulu nak jogging pun tak larat, sekarang Alhamdulillah gagah juga rupanya berlari dan berjaya pergi hiking buat kali kedua di Bukit Wawasan tanpa muntah dan pancit ! Yeahh. Baju dari size XL sekarang dah boleh pakai balik XS, rasa nak nangis kegembiraan boleh muat baju baju lama. Hihi. Target seterusnya nak setelkan PUMA NIGHT RUN 2016 for 10KM Ogos ni. Perghh berdebar ! Hahaha




KEKALKAN BERAT BADAN

Sekarang ni makan je la apa-apa, berat maintain gitu. Sebab apa ? Sebab Mal dah tahu bajet bab bab kalori ni. Jadi, tak ada masalah nak makan makanan kegemaran sekalipun. Takkan nak diet seumur hidup kot ? hehehe. Mal pun tak fokus bab berat badan sangat, cuma fokus dalam menurunkan body fat dan naikkan otot je. 

BANTU LEBIH RAMAI ORANG DENGAN NUTRISI HERBALIFE

Selepas kejayaan diri dikecapi *ecehh* , teruja punya pasal Mal mula berkongsi apa yang Mal buat untuk turun berat dan sihat dengan keluarga dan kawan-kawan. Alhamdulillah, sebahagian kawan-kawan dan keluarga mula join program turun berat bersama Nutrisi Herbalife dan masing masing ada result yang sangat amazing ! Mungkin next entry Mal akan kongsi kisah mereka pulak. Misi Mal in long term nak bantu lebih ramai orang/komuniti luar sana memahami konsep cara makan yang betul dan lifestyle yang sihat. Barulah boleh ke arah gaya hidup sihat, ceria dan gembira gituuu ! 





Menjadi salah seorang panel dan berkongsi pengalaman turun berat dengan lebih 400 orang di event Herbalife. Perghhh ketaqq lutut sebenarnya, tapi pengalaman paling berharga Mal dapat bercakap atas stage dekat event macam tu. Kat mana lagi nak fefeeling glam ramai orang ambil gambar kita ? Haa dekat event camni jeee. Haha ! 




Nutrisi Herbalife boleh didapati dari coach coach yang berdaftar sebagai Distributor sahaja. Jika anda ingin dapatkan produk Nutrisi Herbalife beserta Coach untuk program turun berat, boleh juga dapatkan dari Mal. InsyaAllah Mal akan bantu sebaik mungkin macam mana Mal bantu diri sendiri. 


HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
PENGEDAR BEBAS HERBALIFE MALAYSIA

Herbalife Klang
Herbalife Bukit Raja
Herbalife Meru
Herbalife Kapar
Herbalife Setia Alam
Herbalife Puncak Alam
Herbalife Bukit Jelutong
Herbalife Glenmarie
Herbalife Kota Kemuning
Herbalife Shah Alam
Herbalife Subang Jaya
Herbalife Petaling Jaya

JURULATIH PERIBADI (OFFLINE & ONLINE COACHING)
TURUN BERAT | NAIK BERAT | TENAGA & STAMINA SUKAN
NURMALINA BADRUL AZMI (COACH MAL)
WHATSAPP / MESSAGE : 011-26267295