16 July 2018

Peperiksaan Jawatan Penolong Pendaftar UiTM 2018

Salam. Yaaaa, kalau korang tengah baca entry ni bermakna mesti tengah cari info pasal exam ni kan? First of all, tahniah ! 

Aku pun baru semalam setel exam tu, dapat sms dari UiTM last week. Biasanya akan ada masa seminggu untuk korang study nak amik exam tu.  Usually memang orang akan google kan? Yes, i did the same thing tapi yelah masih tak banyak info yang dapat. Aku sampai tanya member ada sesiapa pernah amik tak exam ni sebab aku pun first time. Ada la member ni pernah ambil dua kali katanya tapi masih tak lepas, aku dah cuak laaa T_T, and dia bagi je tips and topik topik yang selalu keluar..

So, untuk korang yang tak tahu nak study apa mehh aku share topik-topik yang ditanya...

1. Pasal UiTM sendiri la of course... sejarah, canselor, moto visi falsafah,tarikh2, logo, maksud lambang, akta 173, senang cerita buka je website uitm, baca je. Aku aim banyak soalan pasal uitm keluar sebab tahun sebelum tu katanya banyak pasal uitm, tapi this year berapa ketul je. So, soalan2 agak unpredictable ye, nak selamat baca je la semua.. 

2. Pengetahun Am, sejarah malaysia, sukan (cara permainan, contohnya pasal rugby ada berapa orang pemain) , suku kaum kat malaysia..

3. Penjawat Awam, lantikan, tarikh pergerakkan gaji, cuti, elaun, bila pengesahaan jawatan, berapa hari notis perletakkan jawatan (sebelum/selepas sah jawatan)

4. Majlis raja-raja, tugas ydpa, perlembagaan, kabinet,.. 

5. Matematik..probability, simple maths yg boleh congak or guna jari kalau mmg bijak maths. Kalau guna kalkulator lagi jimat masa. Macam aku guna jari and buat bentuk lazim hewhew sebab terbawa kalkulator saintifik and tak boleh pakai pun..


So basically sebelum exam benda penting kena bawa :


  • Surat panggilan peperiksaan
  • IC
  • Pensel 2B (untuk kertas jawapan OMR)
  • Pen (tulis nama kat slip calon)
  • Pemadam 
  • Kalkulator biasa/bukan saintifik (yg warna warni biashe2 tu je)
Pemakaian bebas nak pakai apa tapi make sure sopan lah. Aku lak memula pakai kemeja dgn jeans sebab lepas exam nak keluar jalan2 terus, ripped jeans pulak tu terus kena bebel dengan mak aku, so tukar lah pakai slack. Dah sampai sana memang bersyukur tukar sebab mostly pakai baju kurung wehh hahah. 

Check nama korang dalam list betul ke tak ada kat dewan tu sebab exam dijalankan kat beberapa dewan. Semalam dewan aku saja 840 orang, dewan lain tak tahu la berapa ratus.. tak termasuk exam kat kampus lain lagi. Bayangkannnn berapa ramai yang mohon ! So, all the best korangggg :)