16 September 2016

NAK NAIK BERAT BADAN ? : HERBALIFE COACH - MALINA AZMI [01126267295]

Macam mana nak naik berat ?
Makan banyak macam bela saka tapi berat tak naik pun ?

Here some simple tips yang dapat dari tweet @guruworkout yang mal share ikut ayat mal je la. Basically to gain some weight of course you have to eat a lot and often

1. Maximize protein intake  
Lebihkan lauk dalam meal korang, yang terbaik ialah protein contohnya telur, ayam seketul lagi ke. Untuk gain weight tak salah kalau lebihkan kalori, nak naik badan kan ? Kalau ambil telur, yang kuning tu tak payah buang pun takpe. Makan laa makan ! Haha. Tapi kalau nak turun berat dah kira separa haram makan banyak telur kuning. Hihi

2. Terukan mengunyah 
Lepas meal pun makan juga, sejurus makan carilah apa apa snacking yang healthy. Kekacang contohnya. Aiskrim sebagai dessert pun boleh. Best kan nak naik badan ni ? Fuhh makan je kerja, enjoy !

3. Kurangkan aktif
Kurangkan lah berlari. Yes, you can do cardio tapi jangan lebih dari sejam. Lebih banyak berlari lagi banyak la terbakar kalori tu. Dah la susah nak put extra calories, tak memasal kena makan banyak lagi. 

4. Jadilah seorang paling pemalas !
Banykkan tidur je la senang. Kalori pun kurang terbakar. Krohh krohh krohh

5. Mass gainer
Mass protein contohnya. Compared to whey protein, mass gainer ni lebih banyak contain calories. Elok la untuk naikkan berat. Tapi itu lah, no money no talk. Sebagai alternative boleh la minum susu tinggi lemak sikit, full cream contohnya. Susu HL pun recommended. Makanan lain yang wajib adalah telur sepapan, oats, nasi (brown rice la healthy sikit), milk, butter termasuk jugak peanut butter, roti or cereals.

6. Makan banyak, workout pun kena banyak
Workout disini bermaksud banyakkan weight lifting. Kasi koyak otot tu (bukan koyak kecederaan tu) just untuk membenarkan otot korang naik. 

7. Kurangkan sayur

Sayur buat kita kenyang, tapi calorie sangat sikit. Yang nak naik berat sejenis bulking not recommended makan sayur je. Tapi sayur best for cutting.


8. Banyakkan makan benda manis
For sure yang healthy la. Around 400kcal-600kcal should be okay.

9. Consistent
Dalam bahasa lain kita panggil istiqomah. Harini makan banyak, esok pun kena makan banyak okk. Cuba konsisten dalam seminggu, if takde hasil tambah seminggu lagi, lagi dan lagi sampai ada result. 

10. Tidur yang cukup
Haa yang ni sama je macam nak lose weight. Same goes to gain weight. If you dont sleep enough, u dont have all the muscle building weight gaining benefits, so rest well !

11. Jangan minum air semasa makan
Lebihkan air, tapi jangan minum 30 minit sebelum makan atau semasa makan. Itu akan menyebabkan korang akan cepat kenyang. 30-50 minit selepas tu should be okk

12. Jangan pernah skip meals
If you're serious gaining some weight never skip your meals especially breakfast. Makan, makan dan makan.

Konklusi, kena makan banyak dan kerap !

Patutlah dulu Mal naik berat, rupanya hampir semua diatas diamalkan cuma tak sedar je. Haha.








13 September 2016

THE 80/20 RULE

APA ITU KONSEP 80/20 ?


80% - DIET/PEMAKANAN SIHAT
20% - SENAMAN
100% - PEMIKIRAN

Ya, untuk turun berat tak perlu beriya - iya sangat masuk gym ke pergi trek tasik ke masuk kelas zumba amboi sangat bersenam nak kurus tapi kalau masih jahil bab makan tiada gunanya. 

Ibarat masuk gym bakar 400kcal, balik gym tak tahu makan apa pergi tibai nasi lemak ayam dan teh ais terus tambah balik 600kcal. Rugi ke rugi bersenam sebelum tu ? Bolehlah membawa diri ke bucu katil dan menangis lepastu sebab penat berlari atas treadmill je dapat. 

" saya ni rajin jog dan berzumba, tapi berat tak turun turun "

20% tu awak dah buat bersungguh setelah sekian lama, kenapa berat tak turun ? something wrong somewhere lah kan ? Mesti la lagi 80% tu awak tak buat, confirm punya. Haa mengaku cepat ! Haha. 

Kunci utama dalam proses penurunan berat  adalah kombinasi 80% pemakanan + 20% senaman dan 100% mindset. Kebanyakkan anggap nak kurus je lenjan gym , bersenam penat macam nak meninggal hakikatnya gabungan 80+20 ni faktor utama.

KESILAPAN TERBESAR dalam proses menuruan berat badan adalah mereka mengabaikan 80% PEMAKANAN. Ubah tabiat pemakanan maka secara tak langsung ia akan mengubah berat badan, bentuk badan dan dapat melakukan aktiviti fizikal dengan baik. Makanlah ikut keperluan badan, bukan nafsu.

Senaman TIDAK WAJIB dalam penurunan berat kerana badan kita sendiri secara semulajadi akan mengunakan tenaga asas (pembakaran kalori) walaupun dalam keadaan rehat (konsep BMR) . Senaman adalah HARUS bagi pembakaran lemak yang sedia ada selain mempercepatkan proses penurunan berat. 

Permulaan penurunan berat haruslah bermula dengan SIKAP yang baik, percaya pada diri anda boleh lakukannya. Minda kita sangat powerful, jadi mindset haruslah sentiasa positif dan betul. Jika minda kekal positfif terhadap usaha dan transformasi, anda pasti akan kekal dan terus bersemangat untuk mencapai matlamat. Selain sentiasa mencari ILMU sebagai panduan dalam meneruskan misi dengan cara yang betul. 

Here's some simple tips yet useful yang korang boleh follow untuk kurus/turunkan berat dan lemak dalam badan ittew :

AIR
70% badan kita adalah air, please, please and please increase your water intake, kalau sebelum ni hanya mampu teguk 500ml je (itupun seminggu tak tentu habis), lepasni kena naikkan sikit ke 1L-2L sehari. Minimum 3L sehari. In fact, setiap 25kg berat kita bersamaan dengan 1L air. Kalau berat 50kg maksudnya 2L air sehari dan sebenarnya kena lebihkan air dari keperluan badan. Haa sebab apa ? sebab, badan kita ni haa akan dok rembeskan peluh, bila bercakap tersembur sembur lagi airliur, kalau tidur atau bekerja dalam aircond badan akan cepat kering. Memang kita tak rasa haus, tapi badan kita akan kering, so that's why perlunya air untuk mengelakkan badan kita kekurangan air. Bila badan kurang air, turun berat pun susah tahu ?

Tips : To those yang tak boleh telan air banyak , rasa nak muntah la, loya la, korang boleh try perahkan lemon and add on daun pudina. Kasi ada flavour so tak ada la muak sangat kan? Be creative, boleh google untuk infuse water yang sedap ! Selain dapat buang toksin dalam badan korang tu. 

EAT CLEAN
Eat clean ni basically makan makanan yang sihat la gitu, penuh nutrisi. Kurangkan minyak, lemak, masin, manis. Yaa, harus diakui kebanyakkan healthy food ni tasteless. Yela, dah tak berlemak, kurang masin manis semua, tapi percayalah itu yang terbaik. Selama korang gemuk dah puas makan sedap kan ? Jadi, berkorban sikit dalam beberapa bulan untuk makan something yang healthy gitu. Apa lagi ? Pi google resepi yang sihat lagi berkhasiat

Tips : Sumber protein yang terbaik adalah dari daging putih. Elakkan daging merah (lembu/kambing) untuk penurunan berat lebih efisyen. Walaupun daging merah berprotein tapi ia mengandungi omega 6 (lemak jahat), bukan tak boleh makan langsung tapi kalau boleh, elakkan. 


MAKAN BANYAK
Tak payah la terkejut nak kurus kena makan banyak. Haha.Ya, nak turun berat makan kena banyak, cuma kena pastikan you eat the right food with right amount. If not a right food at least with a less amount. Make sure makan setiap 2-3 jam untuk mengekalkan kestabilan metabolism sepanjang hari. Kalau tak makan atau kurang makan, body akan lead to starvation. Bila dah kelaparan lepastu time makan mulalah nak makan banyak. 

Tips : Untuk mengekalkan diri dalam tidak kelaparan, ambil snek sihat selepas 2 jam sarapan, dan  2-3 jam selepas makan tengahari. Contoh snek sihat macam kekacang, green apple, telur putih. Untuk mengelakkan makan terlalu banyak waktu lunch, minum 500-600ml air 30 minit sebelum lunch. Never skip breakfast ! itu meal terpenting untuk mulakan hari korang. 

PRE-WORKOUT MEAL & POST RECOVERY MEAL
Sebelum exercise make sure carbo loading dahulu, lelagi yang baru nak berjinak jinak dalam dunia fitness, kalau perut kosong dan tak biasa bersenam insyaAllah akan pitam. Haha. Carbo loading akan membekalkan tenaga terutama kalau buat High Intensity workout, sangat perlukan sesuatu dalam perut. Kalau dah biasa bersenam and target nak lose weight secara hardcore then its okay to not carbo loading before workout, jadi yang terbakar tu semua lemak yang sedia ada, memang result pun cepat. However for beginner its not suggested. 
Selepas workout disarankan ambil post recovery untuk repair your tear muscle semasa workout. Apa makanan yang penting selepas workout ialah apa apa yang bersumberkan protein. Apa pentingnya protein sebagai post recovery meal boleh klik SINI

Tips : Jika ambil makanan solid (nasi/roti) pastikan makan 2 jam sebelum aktiviti dan ambil post recovery meal 15-20 minit selepas bersenam.



HERBALIFE-KLANG-HERBALIFE KLANG-HERBALIFE-SHAH ALAM-HERBALIFE SHAH ALAM-HERBALIFE-SETIA ALAM-HERBALIFE SETIA ALAM-HERBALIFE

HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
PENGEDAR BEBAS HERBALIFE MALAYSIA
+601126267295

HERBALIFE JENAMA #1 DI DUNIA 
SEBAGAI PENGGANTI MAKANAN DAN SUPLEMEN PROTEIN 

JURULATIH PERIBADI (OFFLINE & ONLINE COACHING)
TURUN BERAT | NAIK BERAT | TENAGA & STAMINA SUKAN
NURMALINA BADRUL AZMI (COACH MAL)

WHATSAPP / MESSAGE : 011-26267295
  


25 May 2013

SOMA EXHIBITION | MAY 2013 | Soul Sister's Project

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga satu event keramat semester ni, SOMA Exhibition pada 16 May lepas. Segala usaha keras kami terasa berbaloi bila Sir Mazlan kata SOMA exhibition kali ni 'the best ever' dan aku rasa semua yang terlibat pun rasa benda yang sama if compared to last semester punya event we're the best kot. Leulz. No hard feelings ya seniors :P

On that day pun everything went well walaupun agak kelam kabut sikit tapi we've managed to handle it. Yayyy ! :D 
Dear soul sister, sesungguhnya aku bertuah dapat bekerjasama dengan korang. Suka duka pahit manis perit maung gunung bukit kita redah sama-sama, sisterhood sangat. Gittuew. :p


Tyha, 
Project Manager of Soul Sister's Project
Classmate dari semester 1 sampai sekarang dan insyaAllah sampai kita habis BCA okay Tyha sayang ? :D Terima kasih sebab jadi a great leader for our group sampai berjaya, terasa gemilang sangat *bunga api meletop*
You're the best leader indeed. :D Ai ai captain !! 


Fiera
another 'orang kuat' dalam soul sister
Bukan kali pertama bekerja dengan Fiera ni, so aku tahu sangat style kerja dia. Sangat hard working, dia tahu apa dia nak dan dia akan buat sampai dapat. Paling bertungkus lumus dalam mencari sumbangan dari pensyarah sana sini . Good job Fiera ! :)


Bella
merangkap Ketua Logistik
First time sebenarnya aku bekerja dengan Bella ni memandangkan baru semester ni sekelas dengan dia. Sangat sangat berjasa dari segi pengangkutan. Menyediakan perkhidmatan kereta, motosikal dan lori. Hantar kami pergi balik, pergi sana sini beli barang pergi belikan makanan dan macam macam. Seronok dapat satu group dan kerja dengan kau :D thanks bella !


Mastura
Secretary of Soul Sister
Penaip surat untuk minta sponsor, penaip proposal dan juga
kalau nak tahu, proposal proposal yang Sir tak sempat sain tu, dia lah yang tolong sain kan. Hihi. Salah seorang ahli kumpulan yang sangat berdedikasi sampai buat kerja jatuh terduduk. Nampak tak betapa dedikasinya dia sampai accident ? Hahaha. Harap kau cepat sembuh eh Mas :)


Jannah a.k.a Jayy

Thanks Jayy walaupun hang ada bertimbun timbun assignments dan presentation tapi sanggup datang rumah kami untuk merewang goodies kita. Ewahh, merewang okk. Hihi. 
Jentera jentera potatoes twister yang hang bawak memang the best. Tapi aku tak sempat nak merasa :( sobs. 


Nazha a.k.a Kechik

Payah benar nak cari gambar dia ni, stress pulak aku, last last crop je. Hahaha. Yang pakai spek comel comel kat belakang tu aa Nazha. :D Memula aku confused siapa Nazha, siapa Syaz, siapa Wani. Rupa-rupanya orang yang sama. Leulz. Bespreng jayy ni, haritu sama-sama merewang dengan jayy lah. Hahaha. Paling bersemangat dalam semua benda dan banyak idea :) 


Dan kepada yang lain-lain Ika, Fiza dan Miya kerja keras korang banyak membantu group kita. Buat ice-cream malaysia sampai bengkak bengkak jari. Seratus batang ais krim hoi, mana tak bengkak jari jemaris u'olls kan tapi akhirnya berbaloi :) Baju baju jualan Miacara pun amat laris. Rezeki namanya, alhamdulillah :)




Soul Sister with Dena Bahrin  




Soul Sister with Amir Jahari

Sesungguhnya kami sangat bertuah sebab dapat jemput Dena Bahrin dan Amir Jahari sebagai special appearance masa tu. Dua dua memang super awesome. :) Aku rasa ramai yang happy dapat jumpa Dena dan enjoy dengan performance Amir Jahari. Terima kasih kepada yang menyokong dengan beli kupon kami haritu. Hihi. Terharu tau ramai beli. :')

Kepada yang tak tahu, kitorang mengetengahkan campaign " Volunteerism " . Selain attract orang untuk join Kelab Sukarelawan, kitorang juga mencari dana untuk didermakan ke rumah anak-anak yatim dekat Perlis. Maka, jangan salah faham kalau ada benda yang korang kena letak duit masa dekat booth kami haritu. Duit tu bukan untuk kami pun, tapi untuk mereka-mereka yang memerlukan. :) 





 cari baju untuk abam Amir. hihi









Dari maghrib sampai pukul 2 ke 3 pagi tah semua berkampung dekat faculty. Serius aa, aku akan rindu semua momen momen ni T.T




Yatt Hamzah & Salima dari Aman Palestin


Dena datang je, semua serbu. :D
Keep calm and meet Dena Bahrin. 
Masalahnya gua tak boleh keep calm. Menggigil jumpa dia. 



Classmate sekolah rendah, dulu duduk sebelah sebelah. Alahai, how time flies.
 Now kita se-university pulak kan ? Thanks Myra for coming :)
Terharu kita tauuu
Datang jauh jauh dari FSKM. Cehh jauh lah sangat. HAHAHA. 

" Saya datang nak jumpa awak lah Mal bukan Dena "
" Like seriouslyyyy ?? "
*terus peluk*



Gua silang kaki nampak macam gua lagi gengster ni.
Rasa nak tampar diri sejuta kali sebab Amir Jahari sudi penuhi jemputan kitorang.
Seriously, he's very talented. Suara dia nyanyi live sedap gila okk, takde tapis tapis pun macam suara dia dalam radio. 
Bak kata Fiera, rasa terharu dengar suara dia menyanyi. 



Terus duduk terkepit-kepit. Tak berani gua silang kaki duduk sebelah abang taiko. 
Hahaha, tahu pun takut.
Sofi Jikan (Y)
Kalau tenung lama-lama gerun jugak sebenarnya. 




Barisan pemenang lucky draw

Aisyah Farhah


Najah


Nina




Adik-adik dekat rumah anak-anak yatim di Perlis tu, ni semua untuk adik-adik okay
Alhamdulillah :)







" Hey, tudung you sama dengan rambut I lah ! "

Ini Joe Lee, manager Amir Jahari.
Kalau nak panggil Amir Jahari perform ke boleh lah deal dengan dia.
He's very nice person pastu sporting pulak tu, takda kerek-kerek dengan orang punya :)
Kalau korang perasan, dia pernah jadi one of the judges and tenaga pengajar Akademi Fantasia dan dia jugak lah yang membawa Amir Jahari ke industri muzik dari zaman AF dulu sampai sekarang. 


mihmihmih

Ps : SOMA tu stand for Social Marketing ye adik-adik. One of the elective subjects for semester 3. Yes, it's a subject. 

16 February 2013

Carbonara Melly's setail

Baru tahu rupanya indah juga rupa masakan gua sampai ada yang terliur sampai mintak resepi. *poker face*
Sebenarnya dalam keluarga kalau nak makan spaghetti ke carbonara ke mac cheese ke chicken chop ke memang mama suruh gua yang masak. Ehem *flip hair*
Itu je lah yang gua reti masak sebenarnya selain meggi campur telur dan air. 
Dekat rumah sewa jarang sangat aku pegang periuk belanga, paling ekstrem pun gua masak meggi campur telur lah. Kalau gua masak gulai ke sambal mau kena nganjing dengan housemate. =D KAU BUANG TEBIAT KE APA NI MAL ?

Baiklah, berbalik kepada tajuk, sukacitanya gua lampirkan disini resepi Carbonara.  
Ini adalah barisan bahan-bahan. 


Gigih tak gigih aku melabel satu-satu. 

Kekdah menghasilkannya pula

Potong sausage mengikut sesedap mata korang memandang dan rebus, sementara tu tumis onion dengan garlic yang dah dipotong dadu, boleh je ikut suka korang nak potong tiga segi ke empat segi ke,  tapi aku prefer cincang sampai lumat sebab bila makan aku tak suka ada rasa serpihan serpihan bawang dalam mulut. Tumis dengan butter atau minyak. 

Agak agak belum hangus bawang bawang kau tu, masukkan coarse black pepper sekali dengan daging/ayam cincang. Tapi aku prefer ayam lah. Konsepnya sama. IKUT SUKA. Elak masukkan seafood sebab hanyir, kembang pulak tekak nanti. Tapi kalau korang suka, silakannn. Lepas tu, masukkan pulak mushroom, PUN ikut suka nak bubuh mushroom jenis apa disertakan dengan taburan daun parsley . 

Seterusnya masukkan satu tin Prego Carbonara mushroom dan satu tin Campbell's cream of mushroom. 
Pastikan selalu kacau ye, tak memasal berketul-ketul pula nanti. Jangan lupa potongan sausage tadi, masukkan. Lepas tu curahkan fresh milk dalam sesenduk dua, motifnya nak kasi creamy dan akhir sekali parmesan cheese. Disebabkan parmesan cheese tu dah masin, tak payah bubuh garam pun tak ngape. Tapi kalau korang suka masin-masin, bubuh lah bubuhhhhh. =D

Kacau-kacau sampai menggelegak, SIAP !
Kalau nak pedas, tenyeh cili api. Fefeeling omputih padahal tekak melayu jugak. 

Untuk tampak berseni kulinari, taburkan lebihan daun parsley dan parmesan cheese diatas hidangan. Pastu sila syok sendiri yang carbonara korang cantik 
dan perlu di-instagram-kan secepat mungkin. 

Sekian. Selamat mentekedarah !

Ps : Fettuccine jangan lupa rebus woi. Takkan rebus merebus pun nak resepi khennn ? ;)




09 May 2012

3D2N @ Berhulu Camp


Jumaat haritu secara rela dalam keterpaksaan aku menghadirkan diri untuk Modul 1 PBSM dekat Jempol, Negeri Sembilan. Terpaksa ok terpaksaaa. Camping 3 hari dalam hutan merupakan salah satu azab dunia okk. Nama pun 'Modul', kalau tak pergi kena repeat. Malas nak fikir repeat repeat bagai, maka aku pun redah je lah camping tu.

Bertolak dari UiTM pun dah agak lewat, pukul 4 petang macam tu, aku syak mungkin lah sampai sana dalam pukul 6 petang macam tu sebab dari sini ke negeri sembilan tak lah jauh sangat kalau ikut PLUS. Tapi entah kenapa lah driver bas tu bangang sangat pergi masuk KL ikut federal highway. Jammed gila ! Memang pakcik bas tu kena maki lah dengan kitorang, dekat KL tu je redah sesak dah 2 jam. Dah lah kitorang kena naik BAS SEKOLAH. Tak gah langsung budak UiTM naik bas sekolah -_____-'' pakai pulak uniform PBSM, super malu okk.
Dalam pukul 8.30 malam macam tu sedar sedar je aku dah sampai. Aku memang tak sedar langsung dah masuk kawasan tu sebab tidur. Bangun bangun je Fiera cakap " Mal, tempat ni jauh gilaaaaa, sumpah dah jauh ke dalam hutan. " Aku masa tu mamai mamai lagi, turun dari bas je, nampak kiri kanan HUTAN ! Dalam kepala otomatik terus terbayang langsuir gelak gelak sambil bertengkek atas pokok. Creepy. Tengah malam tu , macam biasa kalau namanya camping, tak sah kalau takda night walking lah, operasi burung hantu lah. Sudahnya nak dekat pukul 3 pagi baru dapat tidur. Itu pun tak sampai 30 minit buat taik mata, dah kena panggil jadi mak guard jaga khemah. -____-'' entah apa-apa, memang saja nak kasi aku mencarut tengah tengah hutan tu.




















Kumpulan Jagung

Kumpulan 123...321...double double number 1 !

Kumpulan Cantikkkk....Letoppp !



Penat camping tak habis lagi, this weekend kena pergi UiTM Perlis pulak untuk program kawad kaki 24 jam. Okay pengsan. 

Ps : Menyesal tak masuk kesatria. Kbai.