16 February 2013

Carbonara Melly's setail

Baru tahu rupanya indah juga rupa masakan gua sampai ada yang terliur sampai mintak resepi. *poker face*
Sebenarnya dalam keluarga kalau nak makan spaghetti ke carbonara ke mac cheese ke chicken chop ke memang mama suruh gua yang masak. Ehem *flip hair*
Itu je lah yang gua reti masak sebenarnya selain meggi campur telur dan air. 
Dekat rumah sewa jarang sangat aku pegang periuk belanga, paling ekstrem pun gua masak meggi campur telur lah. Kalau gua masak gulai ke sambal mau kena nganjing dengan housemate. =D KAU BUANG TEBIAT KE APA NI MAL ?

Baiklah, berbalik kepada tajuk, sukacitanya gua lampirkan disini resepi Carbonara.  
Ini adalah barisan bahan-bahan. 


Gigih tak gigih aku melabel satu-satu. 

Kekdah menghasilkannya pula

Potong sausage mengikut sesedap mata korang memandang dan rebus, sementara tu tumis onion dengan garlic yang dah dipotong dadu, boleh je ikut suka korang nak potong tiga segi ke empat segi ke,  tapi aku prefer cincang sampai lumat sebab bila makan aku tak suka ada rasa serpihan serpihan bawang dalam mulut. Tumis dengan butter atau minyak. 

Agak agak belum hangus bawang bawang kau tu, masukkan coarse black pepper sekali dengan daging/ayam cincang. Tapi aku prefer ayam lah. Konsepnya sama. IKUT SUKA. Elak masukkan seafood sebab hanyir, kembang pulak tekak nanti. Tapi kalau korang suka, silakannn. Lepas tu, masukkan pulak mushroom, PUN ikut suka nak bubuh mushroom jenis apa disertakan dengan taburan daun parsley . 

Seterusnya masukkan satu tin Prego Carbonara mushroom dan satu tin Campbell's cream of mushroom. 
Pastikan selalu kacau ye, tak memasal berketul-ketul pula nanti. Jangan lupa potongan sausage tadi, masukkan. Lepas tu curahkan fresh milk dalam sesenduk dua, motifnya nak kasi creamy dan akhir sekali parmesan cheese. Disebabkan parmesan cheese tu dah masin, tak payah bubuh garam pun tak ngape. Tapi kalau korang suka masin-masin, bubuh lah bubuhhhhh. =D

Kacau-kacau sampai menggelegak, SIAP !
Kalau nak pedas, tenyeh cili api. Fefeeling omputih padahal tekak melayu jugak. 

Untuk tampak berseni kulinari, taburkan lebihan daun parsley dan parmesan cheese diatas hidangan. Pastu sila syok sendiri yang carbonara korang cantik 
dan perlu di-instagram-kan secepat mungkin. 

Sekian. Selamat mentekedarah !

Ps : Fettuccine jangan lupa rebus woi. Takkan rebus merebus pun nak resepi khennn ? ;)