21 November 2018

MINUM KOPI SEMASA DIET

Dulu masa kecil selalu ingat air kopi ni untuk orang-orang tua je. Tengok warnanya yang hitam pun dah gerun, dengar kata rasanya pahit. Lagi laaa rasa tak nak minum. Entah macam mana makin besar boleh terjebak pulak minum nescafe ais, nescafe latte dalam tin, mocha hazelnut dan lain-lain. Senang cerita memang suka nescafe/kopi yang bersusu, black coffe agak kurang sikit, Masa student biasa lah nak stay up kan so kopi 3 in 1 ni sehari tak minum rasa tak lengkap pulak hari tu. Minum untuk naikkan "mood" sebelum start buat apa-apa, dan feeling tu best betul rasanya. Kadang intake kopi 3-5 kali sehari, bertahun tahun juga amalkan minum nescafe dan kopi 3 in 1 sampailah parents tegur untuk stop minum 3 in 1 sebab gula tinggi, tapi masa tu masih lagi abaikan teguran walaupun berat badan dah naik, selalu sakit kepala, badan lesu dan penat walaupun dah ambil kaffein. 

2015, saya nekad tinggalkan kopi untuk turun berat ! Ya, berbulan juga tak sentuh langsung nescafe ais atau 3 in 1 demi badan yang kurus. Masa tu ilmu pun tak ada, main potong semua air manis, terlupa nak enjoy sikit dalam weight loss journey. Memang sangat berkesan bila kita nak kurus dan tinggalkan air manis, actually ia mempecepatkan penurunan. Tapi lepas dah turun berat baru saya belajar sebenarnya KOPI TAK BERSALAH ! sama juga macam kita makan nasi, boleh je nak kurus makan nasi tapi ada cara. 




Kualiti serbuk kopi ni bergantung pada jenis kopi, cara kopi ditanam, dan cara kopi diproses. Kopi pun banyak jenis ya, ada berkualiti mestilah harga pun mahal sikit. So apa yang kebaikkan yang kopi ni yang kita boleh dapat? ianya dapat meningkatkan daya kognitif seseorang, daya ingatan, memberi mood yang baik, memberi tenaga disebabkan kandungan kaffein yang terdapat dalam kopi. Selain itu ia membantu untuk meningkatkan metabolism badan, haaa bagus kan untuk yang nak turun berat tu ! Ada juga kajian yang menyatakan kaffein membantu pembakaran lemak, kebanyakkan supplement untuk kurus (fat burner) ditambah dengan kaffein. 

Kopi juga kaya dengan Nutrisi yang baik antaranya Vitamin B2, Vitamin B5, Vitamin B3, Potassium. Didalam kopi juga ada agent antioksidan. Jadi tak hairan la kalau orang yang mengamalkan diet boleh minum lagi kopi ni.

Walaupun kebaikkannya ada tetapi kalau diambil secara berlebihan pun akan memudaratkan kesihatan, mempercepatkan kenaikkan berat  yang menyebabkan gemuk dan obes (jika diambil dengan gula berlebihan dan susu pekat manis), mengganggu waktu tidur yang berkualiti, badan akan menjadi lesu dan terhidrasi.

KOPI YANG TERBAIK KETIKA ANDA SEDANG DIET
  • Kopi yang tidak ditambah gula / fructose / susu pekat manis 
  • Kopi hitam yang berkualiti tinggi
  • Kopi boleh ditambah serbuk kayu manis untuk rasa yang lebih sedap selain manfaat kayu manis itu sendiri
  • Kopi yang ditambah minyak kelapa , ini adalah kerana minyak kelapa merupakan sumber lemak yang baik dan dapat membantu menurunkan berat badan.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK MINUM KOPI
  • Elak minum selepas waktu tengahari atau petang. Ini adalah kerana jika kopi diminum agak lewat ia boleh mengganggu waktu tidur, jika anda memerlukan kaffein untuk rasa segar , boleh cuba alternatif lain seperti teh yang mempunyai rendah kaffein berbanding kopi. Sebagai contoh Herbalife Tea Mix

Gabungan herba terpilih menjadikan Herbalife Tea Mix minuman rendah kalori yang menyegarkan boleh dihidang sejuk atau panas, membantu anda mengekalkan tenaga semasa anda menguruskan berat badan anda. Alternatif hebat kepada soda atau kopi, Tea Mix boleh didapati dalam 2 perisa: Lemon & Hibiscus, Peach.

Tea-mix segera yang lazat dan berkalori rendah membantu anda mengekalkan tenaga dan kesegaran semasa anda menguruskan berat badan anda.

Fakta :

*Dapatkan peningkatan tenaga
*Nikmati kebaikan teh hijau
*Menguruskan berat badan anda
*Rendah kalori dan kaborhidrat


  • Jangan minum kopi waktu perut kosong. Kaffein akan spike dalam tubuh menurunkan tahap gula which dapat menjadikan kita lebih penat, mengantuk. So, makan la apa-apa dulu macam roti atau snek sihat sebelum atau semasa minum kopi. 

COFFER LOVER DAN STARBUCKS FANS ?!

Yang nak diet tapi suka sangat kopi ni terutama Starbucks, The Coffee Bean etc. actually korang boleh je enjoy minum kopi tapi make sure yang "healthy" laa. Sebagai contoh, ambil la iced Americano less or without sugar. Rasanya dia memang kureng sikit tapi untuk kebaikkan kesihatan sendiri terpaksa la berkorban yang sedap sedap. Dalam 3-6 bulan pertama fasa penurunan berat please elak kopi yang bergula dan bersusu macam nescafe dalam tin, sebab memang tinggi kalori ! Alternatif bagi nescafe susu ni korang boleh bancuh je sendiri, jangan pakai susu pekat manis tapi pilih la fresh milk , dan gula 1 sudu kecil. Terbaik, elakkan gula putih. Boleh  cuba gantikankan dengan "raw cane sugar", boleh didapati di mana-mana supermarket besar bahagian organik. 


Jadi, bagi cofffee lover jangan down kalau korang dengar orang kata tak boleh minum kopi nak kurus. Yes, boleh enjoy kopi korang but in 'healthy way' lah ya. :)


BYE. 



MULAKAN PROGRAM KURUS HERBALIFE
Hubungi/Call Coach Mal : 011-26267295 
atau Whatsapp 011-24261507 untuk dapatkan maklumat produk Herbalife