06 December 2016

Cardio vs Weight Training

Apa beza antara kardio dan weight training ?


Kebanyakkan yang nak kurus akan memilih kardio sebagai senaman pembakar lemak. Yaa kardio sememang membakar lemak tetapi untuk sampai tahap membakar lemak mengambil masa 10-20 minit sebelum badan kita mula tukar dari menggunakan glycogen sebagai sumber bakar. Proses pembakaran lemak akan terjadi selepas 10-20 minit senaman dan proses tersebut akan terhenti apabila senaman terhenti.

Berbeza dengan Weight Training, walaupun ia hanya membakar sedikit kalori, tapi kesan pembakaran lemak bertahan selama lebih kurang 48 jam, kerana peningkatan metabolisma.


KARDIO 
Bakar banyak kalori , tetapi pembakaran lemak hanya berlangsung semasa senaman berlangsung.

HIIT
Bakar kalori secara sederhana, tetapi  pembakaran lemak dapat bertahan diluar senaman selama 48jam

WEIGHT TRAINING
Bakar kalori sedikit, tetapi  pembakaran lemak dapat bertahan diluar senaman selama 48jam.



sumber susu sejat

Sebelum sampai kepada level pembakaran lemak, badan akan mengunakan muscle glycogen seterusnya liver glycogen yang dipakai apabila msucle glycogen menjadi rendah dan seterusnya BBAC barulah lemak. Sebelum ke tahap lemak (10-20minit)

Untuk pembakaran lemak secara efisyen terdapat 2 cara 
  1. Mengosongkan perut / tidak carbo loading as glycogen. Jadi pembakaran lemak akan menjadi cepat 
  2. Dahulukan Weight Training sebelum Kardio. Semasa proses weight training badan akan menggunakan level 1-3 dan masuk sahaja kardio pembakaran lemak akan berlaku.
Untuk penurunan berat mengosongkan perut sebelum senaman adalah dicadangkan tetapi jika baru berjinak dengan senaman lebih selamat makan 2 jam sebelum sebab ada bekalan tenaga. Japlagi kau pitam terus sesal separuh nyawa taknak senam dah. Takpayah takut untuk makan kalau tahu macam mana kawalan kalori.