17 November 2016

5 perkara anda perlu tahu sebelum berjinak untuk bersenam !




[SENAMAN TIDAK WAJIB]
Haaa ramai yang nak kurangkan berat badan tapi selalu bagi alasan paling popular "TAK ADA MASA", jangan jadikan alasan tu sebagai penghalang nak turun berat badan sebab BERSENAM TAK WAJIB pun,

Jadi senaman tu tak perlu ke nak turun berat ?
Ya, perlu tetapi tidaklah wajib maka hukumnya "HARUS". 

Senaman 2-3x seminggu dapat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan dengan tingkatkan keluaran kalori. Tetapi jika pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (senaman), maka berat akan berkurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat. YA, berat boleh dikurangkan, asal makan tak terlajak kalori dan mengikut "magic number" anda.



[PERLU BERSENAM SETIAP HARI ?]
Ya, bersenam menyihatkan badan, tetapi ada risiko jika dilakukan setiap hari. Antara contoh risiko jika bersenam setiap hari :
1. Boleh meningkatkan kebarangkalian berlakunya kecederaan kerana otot tidak cukup rehat.
2. Menggangu progress kecergasan dan kualiti senaman kerana badan tidak cukup rehat.

Sebaik-baiknya bersenam tidak melebihi 5 hari seminggu. Rehatkan badan dan otot itu penting. Fokus kepada kualiti senaman, bukan kuantiti semata mata.





[KUALITI SENAMAN]
Ramai yang anggap semakin banyak senaman yang dilakukan, semakin bagus. Sebenarnya TIDAK. Fokus kepada tiap tiap satu senaman, pastikan setiap gerak senaman yang dilakukan adalah yang berkualiti, bukan bergantung kepada kuantiti.


Senaman yang dilakukan dalam posisi yang tidak betul (tidak berkualiti) bukan sahaja tidak memberikan hasil yang dimahukan malah boleh menjejaskan postur tubuh anda.


[NAK PERUT KEMPIS]
Kenapa Gagal Kempiskan Perut ?
Nak kempiskan perut tak boleh bergantung semata mata pada senaman seperti Regular Crunches, Reverse Crunches, Crunch Twist, Bicycle Crunches, Vertical Leg Crunches, Long Arm Crunches, Abs Crunches jika peratus lemak masih tinggi.

Senaman abs crunches ni memang akan menguatkan otot perut tapi otot perut kita takkan terserlah selagi lemak masih menyelaputi otot perut kita. Jasi, perbanyakkan senaman kardio untuk membuang lemak sebelum fokus untuk kempiskan perut.



[KEPENTINGAN TEKNIK SENAMAN]
Teknik senaman yang salah boleh menyebabkan kecederaan yang boleh meninggalkan kesan seumur hidup. Selain itu, teknik senaman yang salah boleh menyebabkan sesorang mempunyai komposisi badan bahagian kanan dan kiri yang tidak stabil

Oleh itu sangat penting untuk tahu teknik senaman yang betul, terutama teknik menggunakan mesin bebanan dengan betul, dan tahap kemampuan diri untuk melakukan sesuatu senaman.

Teknik senaman boleh didapati daripada jurulatih atau melalui video.


HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
PENGEDAR BEBAS HERBALIFE MALAYSIA

Herbalife Klang
Herbalife Bukit Raja
Herbalife Meru
Herbalife Kapar
Herbalife Setia Alam
Herbalife Puncak Alam
Herbalife Bukit Jelutong
Herbalife Glenmarie
Herbalife Kota Kemuning
Herbalife Shah Alam
Herbalife Subang Jaya
Herbalife Petaling Jaya


JURULATIH PERIBADI (OFFLINE & ONLINE COACHING)
TURUN BERAT | NAIK BERAT | TENAGA & STAMINA SUKAN
NURMALINA BADRUL AZMI (COACH MAL)

WHATSAPP / MESSAGE : 011-26267295