Tapi bak kata orang benda baik jangan dilewat-lewat kan. Eh !
THIS !
Entah kenapa, masa aku dapat tahu, tak terpacul pun perkataan 'Alhamdulillah' , jahil gila aku ni tak bersyukur dapat sambung belajar. Astaghfirullahazim *insaf*
Jujur, aku macam taktahu nak rasa apa. Happy pun tak, sedih pun tak. Hati kering.
Supposedly kau patut gembira Malina, sebab UiTM sanggup ambil risiko offer belajar kat situ. Yes, yes.. Alhamduillah. Me bersyukur.
Nasib baik dapat UiTM Shah Alam, Sham Alam okk. Jalan kaki pun sampai tahu ? berlagak ni berlagak. HAHAHA. Bukan apa, dah lama aku simpan geram dekat kawan-kawan yang dulunya rumah mereka dekat dengan kampus (UiTM Merbok). Jalan kaki pun sampai katanya. Sekarang ? kau lari pecut pun seminggu tak tentu sampai rumah kau kat Kedah, kahhhhhh.
Nampak tak kat situ tulis "Kemudahan Kolej : TIDAK DISEDIAKAN. SILA URUSKAN SENDIRI."
Terkesima kejap aku baca. Semua dah kecoh nak cari rumah sewa. Lek lek, kita ni 1st semester confirm dapat kolej punya. Jangan lupa pergi merayu dekat Kolej kediaman masing-masing 3 Mac 2012. Nama kolej aku MELATI. Klasik. Macam mana rupanya pun aku taktahu, mungkin klasik jugak.
Tapi sayangnya aku pada kolej Masria tak pernah berubah :)
Azreen, Fiera, Aiman, Aina, Elmy, Dieyana dan siapa-siapa yang dapat BLS (Bachelor of Legal Studies) , CONGRATS ! aku bangga ada kawan-kawan macam korang :)
To those yang tak berjaya dapat, jangan give up. Sorry, ayat sangat klise 'jangan give up'. InsyaAllah, ada rezeki tu. Masing-masing punya rezeki, cuma lambat atau cepat je bezanya.
Lagi satu hal, tak payah pelik sangat kalau ada kawan-kawan kita yang tak dapat offer.
Hmm, aku anggap macam MUET je, mesti kita hairan kenapa budak tu boleh dapat BAND 4 padahal speaking pun harommm jadah tak reti, whereas yang speaking pungpangpungpang macam anak omputih tu dapat BAND 3 je. Percaya, itu REZEKI :) Mungkin in future rezeki korang lebih murah. Apa yang terjadi, ada hikmahnya, janji kita berusaha nak dapatkan yang terbaik. Geli tak ayat aku ? sorry lah, kalau aku cakap ni ala-ala motivator tak bertauliah. Btw, kawan.. walau apa pun yang terjadi aku tetap sayang kau. sangat !
If you've any problem, you can count on me like 1 2 3. I'll be there for you. :)
Orang sibuk tanya medical check-up lah, borang bla bla bla. Aku haromm jadah taktahu apa benda. Tunggu lepas berhenti kerja baru mem'busy'kan diri dengan semua hal tu.
Ps : Shah Alam, here I comeeeee ! Yang dapat Merbok tu, selamat menjamah kembali ayam goreng FC yang marbeles. Aku rindu Merbok. ='(
Pss : Selamat tinggal Undang-Undang. *officially*