09 May 2012

3D2N @ Berhulu Camp


Jumaat haritu secara rela dalam keterpaksaan aku menghadirkan diri untuk Modul 1 PBSM dekat Jempol, Negeri Sembilan. Terpaksa ok terpaksaaa. Camping 3 hari dalam hutan merupakan salah satu azab dunia okk. Nama pun 'Modul', kalau tak pergi kena repeat. Malas nak fikir repeat repeat bagai, maka aku pun redah je lah camping tu.

Bertolak dari UiTM pun dah agak lewat, pukul 4 petang macam tu, aku syak mungkin lah sampai sana dalam pukul 6 petang macam tu sebab dari sini ke negeri sembilan tak lah jauh sangat kalau ikut PLUS. Tapi entah kenapa lah driver bas tu bangang sangat pergi masuk KL ikut federal highway. Jammed gila ! Memang pakcik bas tu kena maki lah dengan kitorang, dekat KL tu je redah sesak dah 2 jam. Dah lah kitorang kena naik BAS SEKOLAH. Tak gah langsung budak UiTM naik bas sekolah -_____-'' pakai pulak uniform PBSM, super malu okk.
Dalam pukul 8.30 malam macam tu sedar sedar je aku dah sampai. Aku memang tak sedar langsung dah masuk kawasan tu sebab tidur. Bangun bangun je Fiera cakap " Mal, tempat ni jauh gilaaaaa, sumpah dah jauh ke dalam hutan. " Aku masa tu mamai mamai lagi, turun dari bas je, nampak kiri kanan HUTAN ! Dalam kepala otomatik terus terbayang langsuir gelak gelak sambil bertengkek atas pokok. Creepy. Tengah malam tu , macam biasa kalau namanya camping, tak sah kalau takda night walking lah, operasi burung hantu lah. Sudahnya nak dekat pukul 3 pagi baru dapat tidur. Itu pun tak sampai 30 minit buat taik mata, dah kena panggil jadi mak guard jaga khemah. -____-'' entah apa-apa, memang saja nak kasi aku mencarut tengah tengah hutan tu.




















Kumpulan Jagung

Kumpulan 123...321...double double number 1 !

Kumpulan Cantikkkk....Letoppp !



Penat camping tak habis lagi, this weekend kena pergi UiTM Perlis pulak untuk program kawad kaki 24 jam. Okay pengsan. 

Ps : Menyesal tak masuk kesatria. Kbai. 

04 February 2012

AM225-Bachelor Of Corporate Administration (Hons)

Ya ya ya, sorry for the late posting.  Alaa, macam orang kisah aku dapat mana. -__-' 
Tapi bak kata orang benda baik jangan dilewat-lewat kan. Eh !


THIS !




Entah kenapa, masa aku dapat tahu, tak terpacul pun perkataan 'Alhamdulillah' , jahil gila aku ni tak bersyukur dapat sambung belajar.  Astaghfirullahazim *insaf* 
Jujur, aku macam taktahu nak rasa apa. Happy pun tak, sedih pun tak. Hati kering.


Supposedly kau patut gembira Malina, sebab UiTM sanggup ambil risiko offer belajar kat situ. Yes, yes.. Alhamduillah. Me bersyukur. 


Nasib baik dapat UiTM Shah Alam, Sham Alam okk. Jalan kaki pun sampai tahu ? berlagak ni berlagak. HAHAHA. Bukan apa, dah lama aku simpan geram dekat kawan-kawan yang dulunya rumah mereka dekat dengan kampus (UiTM Merbok). Jalan kaki pun sampai katanya. Sekarang ? kau lari pecut pun seminggu tak tentu sampai rumah kau kat Kedah, kahhhhhh. 


Nampak tak kat situ tulis "Kemudahan Kolej : TIDAK DISEDIAKAN. SILA URUSKAN SENDIRI." 
Terkesima kejap aku baca. Semua dah kecoh nak cari rumah sewa. Lek lek, kita ni 1st semester confirm dapat kolej punya. Jangan lupa pergi merayu dekat Kolej kediaman masing-masing 3 Mac 2012. Nama kolej aku MELATI. Klasik. Macam mana rupanya pun aku taktahu, mungkin klasik jugak. 
Tapi sayangnya aku pada kolej Masria tak pernah berubah :)


Azreen, Fiera, Aiman, Aina, Elmy, Dieyana dan siapa-siapa yang dapat BLS (Bachelor of Legal Studies) , CONGRATS ! aku bangga ada kawan-kawan macam korang :) 
To those yang tak berjaya dapat, jangan give up. Sorry, ayat sangat klise 'jangan give up'. InsyaAllah, ada rezeki tu. Masing-masing punya rezeki, cuma lambat atau cepat je bezanya. 


Lagi satu hal, tak payah pelik sangat kalau ada kawan-kawan kita yang tak dapat offer. 
Hmm, aku anggap macam MUET je, mesti kita hairan kenapa budak tu boleh dapat BAND 4 padahal speaking pun harommm jadah tak reti, whereas yang speaking pungpangpungpang macam anak omputih tu dapat BAND 3 je. Percaya, itu REZEKI :) Mungkin in future rezeki korang lebih murah. Apa yang terjadi, ada hikmahnya, janji kita berusaha nak dapatkan yang terbaik. Geli tak ayat aku ? sorry lah, kalau aku cakap ni ala-ala motivator tak bertauliah. Btw, kawan.. walau apa pun yang terjadi aku tetap sayang kau. sangat !
 If you've any problem, you can count on me like 1 2 3. I'll be there for you. :)


Orang sibuk tanya medical check-up lah, borang bla bla bla. Aku haromm jadah taktahu apa benda. Tunggu lepas berhenti kerja baru mem'busy'kan diri dengan semua hal tu. 


Ps : Shah Alam, here I comeeeee ! Yang dapat Merbok tu, selamat menjamah kembali ayam goreng FC yang marbeles. Aku rindu Merbok. ='(


Pss : Selamat tinggal Undang-Undang. *officially* 

13 January 2012

MB7007/3584

Tajuk diberi berdasarkan angka giliran aku. :D



Actually, I'm not going to complaint or argue kenapa tak dapat Band 4. Ewahhh, aku speaking pun berterabur kau nak aku dapat Band 4 ? To be frank, aku tak letak harapan tinggi melangit pun nak dapat Band 4. Aku rasa kalau dapat pun, mungkin sebab pemeriksa tu tersalah tanda paper aku. Kalau nak dibandingkan result sebelum ni, mungkin ini result MUET yang terbaik pernah aku dapat. Pernah aku dah takde hati lagi nak repeat MUET ni sebab aku tahu English aku takat cukup cukup makan je. Oleh itu, dengan keputusan MUET kali ni, cukup buat aku bersyukur dan  boleh tersenyum dalam masa duploh minit. Kenapa duploh minit ? Sebab lepas tu aku dapat tahu, adik aku dapat Band 4. Masa tu terus terasa bangang gilaaaa aku ni. Adik aku pun boleh dapat Band 4, tapi aku ? Tak jealous, cuma terkedu kejap. 


Well, aku tengok dia study MUET pun macam  study untuk final exam. Punya lah pendengki aku masa tu, dah aku rampas semua buku-buku MUET aku dari dia pun, dia boleh dapat Band 4. Jahat kan aku ? :p Tapi aku tahu, dia beli buku MUET baruuuu. Tapi tapi tapiiii, yang aku geram sampai sekarang, tergamak dia conteng semua buku buku MUET aku ? habis semua soalan dia buat, yang dia tinggalkan untuk aku, hanya contengan pen merah. -___-' Btw, congrats makcikkk.

Aku ? 2 hari sebelum MUET baru aku bukak buku. Masa tu tido pun dah beralas dan berbantalkan buku-buku MUET you'ollsss siap peluk peluk cium cium lagi. Tapi haram jadah, Band 3 jugak. Tapi masa tu aku dah start kerja, balik pun dah malam, kira macam takde masa lah nak study itu pun aku gagahkan jugak diri ni bukak buku. Cehhhh, nak kasi alasan padahal diri sendiri yang pemalas ! :P
Nak kasi tahu, hari amek MUET haritu pun aku kerja tahu ? habis MUET 12.30, punch card pukul 1, kau mampuuuu ?


Ps : Congrats kawan-kawan yang dapat Band 4,5,6. :) Agaknya bila aku nak cerdik English macam korang ?


Pss : Kita kena redha sebab 'redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.' #OmbakRindu