25 October 2011

Soalan dan Persoalan

Amat sukar untuk dinafikan bahawa aku ni agak rajin orangnya. Oleh itu, disebabkan kerajinan yang terlampau semasa menghabiskan cuti yang sangat awesome ini lalu terlintas dihati nak buat 'benda' ni. Nak sebut nama spesifik pun taktahu amenda yang aku nak buat ni. Mari kita tengok dan hayati bersama :)

1) Siapa engkau sebenarnya? bagi enam.

i- Saya Malina. So, hai everyone ! :)
ii- Monster comel yang masih tidur dengan bantal busuk. Kini, esok dan selamanya.
iii-  Love photography, indeed !
iv- I can either be your best friend or your worst enemy. *keninkenin*
v- I j
ust want a "long time relationship" okk. Bukan pakai buang. 
vi- Aku lah yang nak kahwin tahun depan tu ! HAHAHAHA. okk tak kelakar. -__-



2) Benci? bagi enam.

i- Of course CICAK ! boleh histeria 10 saat kalau jumpa. 
ii- Menunggu. 
iii- Using Make-up. Kata natural beauty, harus lah tak pakai make-up bagai yedak ? 
iv- Mathematics. 
v- Liars. 
vi- oWang yunxx sukEw tUlis gewdixx gEwdix macam nie, kAw ta pEwnah pegy skowla kew ?

3) Sayang? bagi enam.

i- Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W serta para sahabat. 
ii- Familia
iii-Roomies
iv-Girlfriends and boyfriends yang gila ohsem !
v-Bantal kecik (bantal busuk)
vi- _______________ (my dear future husband)

4) Setiap kali nak keluar mesti bawak apa? bagi enam.

i- Phone
ii- Telekung (if jalan lama/jauh)
iii- Purse yang mengandungi cash dan ATM card. Aku bayar pakai CASH je okk.
iv- Lip balm
v- Clean&Clear blotting paper.
vi- Bawak diri of course. 


5) Apa yang tak tercapai lagi? ni random.

i- memiliki Canon EOS 600D.
ii- Lesen kereta. 
iii- BlackBerry Bold 9900/9930
iv- Belajar main gitar.
v- Meluahkan perasaan terhadap _________. TETTTT !
vi- Dean list. Entah bila aku nak dapat DL. -___-


6) Yang unik tentang diri anda?

Finger print saya corak abstract. 


7) Hati sudah terisi? berikan ciri-ciri si dia itu. bagi enam

    Kroohhhh...

    8) Kenapa sayangkan yang kat atas tu?

    Kalau dah nama pun soul-mate siapa tak sayang kan ? 

    9) Dah jumpa kawan sejati?

    sambung krohhh krohhh

    10) Apa pendapat anda tentang tag random ini?

    Baik untuk menajamkan minda dan menguji tahap kepantasan menaip. zas zas zas..!
    *maklum, dah lama tak menaip buat assignments*

    11) Apa pandangan tentang orang yang tag anda ni? nak satu perenggan :p

    Takde siapa tag pun, aku je yang syok sendiri, perasan kena tag. -___-. Btw, again.. aku copy dari Aeno. =B . 
    Aku tahu mesti kau pelik kan Ain, sebab aku boleh COPY kan kan ? Takpayah "Disable right click" sangat lah Ain. HAHAHA. segala code layout kau pun aku boleh curik kot :P 

    12) Tag 6 org.

    Sanggup dan rajin ? Silakan..




    Kbye.
    Much Love,
    Malina Azmi




    03 October 2011

    Kenangan M1-02-08 bersama mereka

    Almost a week meninggalkan UiTM Merbok, kesedihan masih terasa. Ahhh, tak habis-habis aku nak emo kan, kadang-kadang rasa nak bagi penampar dekat muka sendiri bagi sedar yang semua tu dah berakhir. Hopefully this is the last time yang aku akan bercerita perihal Merbok and the people around. Macam aku dah cakap sebelum ni aku akan update pasal ROOMIES pulak kan. 

    M1-02-08 itu lah nombor bilik aku. 
    Blok Masria 1, tingkat 2 no. 8.

    meja study, tapi jarang gila aku duduk dekat meja ni. 
    Sem ni aku rasa 2-3 kali je aku duduk kat kerusi ni sebab aku lagi selesa guna meja yang ni...


    kau nak study sambil buat kuak lentang dekat bawah pun bolehhh jah.
    thats why aku suka lepak bawah je. haaa... ni port aku !
    makan,study,buat assignments,borak2 memang kat sini je lah.. sampai kawan aku cakap
    "asal aku datang je, Mal mesti dekat situ..takde tempat lain ke dia nak duduk?"

    dah 2 semester aku tido atas, sebab dah bawak kipas :D
    tapi kalau musim test ke exam ke tilam aku bawak turun bawah lahh, senang nak landing.




    kemas sikit nampak sebab masa amek gambar ni baju banyak tak basuh dalam baldi.

    bilik korang ada makanan seheaven ni ? :D
    bilik kitorang ape je yang takde ? LCD TV 45 inci je tak mampu nak bawak
    kalau tak, memang aku angkut. 

    tapi dah sem 3, masing-masing dah malas ya amat nak menyusun
    haaa, amek kau !
     main campak2 je

    all time favourite

    we called it as "Starbucks Mak Leha"

    menatang ni takde lah dalam bilik aku tapi seisi bilik aku memang suka bertandang dekat sini amek air. Aaaaa, rindu water cooler ni lah !

    masa mula-mula masuk bilik ni aku blurrr gila kot. Dah lah last yang sampai. so, amek je saki baki katil yang tinggal. Thats why dapat atas, aku tak kisah lah sebab kat rumah pun memang aku tido katil atas. Betapa sesaknya bilik masa tu. Yela, sekali 4 family dalam tu semua nak mengemas dengan barang2 yang banyak gilos buat aku jadi takde mood. Aku tak sure siapa dulu aku kenal, tapi for sure aku salam dengan Farah dulu lepas tu nampak Nina dia senyum, lepas tu Nelfi pulak tegur, sempat "berhai-hai" dan bertanya-tanya nama.Yes, nama Nelfi paling susah aku nak sebut masa tu. Aku tak banyak cakap pun masa tu, dah nama pun takde mood kan. Barang-barang aku pun mama yang banyak kemaskan. Tak sempat apa pun nak beramah mesra dengan roomates sebab lepas kemas-kemas terus keluar nak menghabiskan sisa baki masa dengan family dan kena balik sebelum pukul 4. Masa MDS tu la baru berkenalan dengan roomates semua. Aku, Nina, and Nelfi berpakat nak satu group, malas nak berpecah nanti apa-apa hal susah. Farah masa tu kena balik sebab demam, so kitorang 3 orang je lah yang ber"MDS". (Minggu Destini Siswa)

    Aku tak tahu lah apa kena dengan aku sepanjang MDS tu, ada je yang tak kena. Benda bukan masalah pun jadi masalah. Tapi orang yang paling banyak tolong aku masa tu ialah Nelfi. Yang paling aku takboleh lupa, aku terkotorkan kasut Nike dia dengan cat -,-' sebab masa tu cat tertumpah. Gila tension masa tu, dah takde aktiviti lain ke dorang nak suruh buat ? mengecat ? are you kidding me ?! tapi tu lah yang aku kena lalui masa MDS. Nina pulak, kejap dia group dengan kitorang kejap dia ke lain. So, masa MDS aku kurang sikit bercakap dengan dia. 


    jangan kau tanya apesal muka aku selekeh gilaaa. sebab pagi last day MDS tu kitorang satu bilik BANGUN LAMBAT ! start berkumpul pukul 7 pagi, tapi pukul 7 pagi tu la semua baru nak bangun. Amek kau, tak cukup tanah lari pergi courtyard. memang aku sarung je la tudung tu, takde masa nak kelepet lawa-lawa. kau tengok Nelfi tu haa, pakai tudung malas je. kahkahkah. 


    ni semua muka baru bangun tido. 
    kau nampak lelaki yang tertido dekat belakang tu ? 
    tak silap aku, budak tu nama Zaman kelas PL3A. *punn nak bagitahu*
    alahai Nina, lain macam comel kau masa ni. hari ke-5 kita kenal kan :)




    hangout for the 1st time


    lepas sebulan lebih macam tu, Farah dapat offer Asasi Sains dekat puncak alam. Sedih masa tu nak berpisah dengan dia walaupun kejap je sebilik. Banyak benda we shared together, and until now aku dengan Farah still contact each other even tho' dia jauh study kat Makasar, Indonesia. Bangga aku ada kawan doctor wannabe macam kau :)


    beberapa jam sebelum dia berangkat ke Puncak Alam


    Lepas dua minggu Farah pergi, Kak Asyrani masuk. Kakak senior dah part 5, disebabkan dia komander kesatria so dia dapat lah stay dekat kolej. Ada kakak senior lagi2 komander pulak tu, sangat lah terasa selamat :D ada berani nak rompak bilik kitorang ? hadap kak asy dulu lahh.  

    **takde gambar dengan kak asy**

    Dah part 2, Aida Juliana Mohamed.. classmate aku pulak meng"check-in"kan diri di M1-02-08. 


    kadang-kadang kalau datang sawan gedik aku, aku panggil dia Aida Jayyyy. muka tu kena over sikit tang "Jayyyy" tuh, bunyi pun dah ala-ala artis gitu kan. Macam seangkatan dengan pelakon Aida Aris, A. Aida, dan Aida Radzwill. Kalau nak bunyi kekeluargaan sikit aku panggil dia "Bukk", kalau panjang "Bibuk".  Dia ni pendiam lah jugak, tapi sekali dah bukak mulut, naahhh boleh buat gang gossip sambil makan biskut jacob. Dalam bilik dia ni paling berani *kadang-kadang*, kalau tido sebelah dia mesti ada torchlight. Mula-mula aku gelak gak dekat dia,bayangkan, tengah2 malam kau pegang torchlight tak ke macam mak guard ? kehkehkeh. Kalau Nina takde, dia la selalu temankan aku pergi toilet tengah2 malam. Ayat aku kalau nak ajak dia "bukk, kau ada rasa nak pergi toilet takk ?"  
    lepas tu mungkin dah lama-lama dia tensen dengan soalan aku tu kan, dia pun cakap...
    "kau kalau nak kencing cakap je lah terus terang, takpayah berkias-kias nak pergi toilet"
    amek kau, sentap mak.
    Sikap aneh dia ni, suka duduk ala-ala bertafakur kat atas katil lepas tu tenung-tenung orang. Sampai lah aku tanya "kau ni kenapa Aida ?" then baru lah dia sengih-sengih. Aneh beliau bukan? The best thing pasal Aida ? boleh jadi gang dengar oldies songs. :))


    Awww Nieyna AG ! Nur Amanina Mawaddah bt. Abdul Ghani panjang kan nama ? kalau time nak mengada dan menganjing aku panggil dia 'Mawaddah', orang Beseri, Perlis. kalau aku tak kenal dia, aku tak tahu pun kewujudan daerah Beseri. Yang aku tahu dekat Perlis tu Kangar dengan Arau je -,-'. Dia lah kawan aku duduk paling jauh. Sorry Nina, selama 3 sem ni aku tak berkesempatan pn nak pergi rumah kau kat sana. At least aku pernah jugak lah pergi rumah makcik kau kan dekat SP masa part 2 dulu, 3 hari pulak tu :). Nina ni pun lebih kurang je macam aku, masa mula-mula kat Merbok dua-dua "homesick". Tapi Nina ni untung sebab rumah dia dekat lah jugak, dari rumah dia ke merbok just take around 2 hours. Itu pasal lah kalau weekend dia jarang ada dekat bilik. So, kalau tetiba je dia tak balik masa weekend maka pelik lah rasanya. Nina ni cool je. Jarang sangat mood dia swing dan jarang cari pasal dengan aku. hahaha. Prinsip dia "whatever lah korangg" dengan muka malasnaklayan. Perkara yang aku akan rindu pasal Nina ? nak dating dekat kerusi batu sambil makan ice-cream :) . The best thing pasal Nina ? kalau nak buat air ke amek air ke dia akan ajak buat sama-sama. "Mal, jom buat air nak ?" ni kalau nak stay up lah. Lepas tu kalau time nak tido, dua-dua tengah takut lepas dgr citer hantu ke apa, Nina akan tanya "Mal, jom kita tido bawah sama-sama". haaa, dia macam tahu2 je aku pun tengah takut jugak masa tu.Nina, tahu tak aku rindu nak layan lagu jiwang dengan kau ? :) Lagu kenangan kita "Dirantai digelangi rindu" cewahhh

     ini hot setap UiTM Merbok u'ollss, kalau tak kenal siapa beliau baik berhenti asasi lah. :D
    Nelfi Amiera Mizan, ni anak sultan wehh.. sudu garpu semua disaluti emas. Haaa, kau mampu ? hahah ! masa minggu MDS kan kena tulis nama dekat kad pelajar sementara, pastu dia suruh lah aku tulis nama dia, katanya tulisan aku cantik. Masa tu aku tak berapa ingat nama dia, tapi dah dia suruh tulis aku tulis je la.. lepas aku bagi dia tetiba "weiii, nama aku bukan NEFLI lahhh" oh, aku salah eja eh ? -,-'. dari part 1 sampai part 3, many things we shared together tak kisah lah apa-apa pun. dari barang makan, toiletries, baju semua boleh share share. Mood dia ni kadang-kadang swing jugak, kalau nampak muka dia serious semacam, memang tak lah aku nak tegur sebab takutttt. :D . dia suka cari pasal dengan aku =p sebab tu selalu gaduh, hahah. Things that i will miss about her ? rindu nak dia tanya "Mal, aku dah gemuk tak ?" soalan ini acap kali ditanya selang 3 hari :D sekurang-kurangnya sekali seminggu. Atau, "Mal, okay tak baju ni pakai dengan tudung ni ?" dan "Mal, kau nampak tak spek aku ?". yes, aku akan rindu itu. 
    The best thing pasal nelfi ? kalau aku selsema, she is the one akan tanya "Mal, dah makan ubat belum ?" dengan muka serius habis. "ni apasal selsema ? kau minum ais eh ? kau ni degil lahh, dah tahu takboleh minum, kau minum jugak.. bla bla bla bla.."  dan aku hanya mampu diam. Masa mulut aku ulser, kau yang beriya letak ubat kan dalam mulut aku. you know what nelfi ? kau kawan paling caring aku ada. bila kau cakap macam tu kan, seriously its reminds me to my mum. enough said.




    Azira & Syazza, dua orang ni classmate Nina tapi aku dengan dorang pun jadi rapat sebab dorang selalu datang bilik. Azira ni jiran aku je, duduk bilik sebelah so, memang selalu dah datang lepak. Dorang ni pun dah jadi sebahagian family bilik aku tu dan Syazza pulak dah diiktiraf sebagai "rumet terkutip" :D emphh.. rindu dekat korang T__T 

    1001 kisah kita bersama dalam bilik tu kan, tak tertulis aku dibuatnya. Tapi biarlah tu semua jadi memori terindah buat kita semua.
    Aku pernah cakap dengan Nina, lepas ni aku taknak ada roomates lain.. aku nak korang jugak jadi roomates aku. Once you are my roomates, forever will be my roomates.
    Taktahu lah kalau lepas ni aku dapat roomates lain tapi tak sekepala macam dengan korang. Aku sangat-sangat bersyukur sebab jumpa dan dapat kawan sebilik macam korang. Allah je tahu betapa aku sayangnya aku dekat korang. Aku tak kisah kalau lepas ni mungkin ada antara korang dah lupa, tak ingat atau memang taknak ingat dekat aku, tapi yang pasti korang selamanya dihati aku. Insyaallah selagi hayat dikandung badan dan aku tak hilang ingatan, aku akan ingat korang sampai bila-bila, JANJI ! hopefully kita tak lost contact lah and keep in touch each other. 

    Maaf salah silap aku dekat korang selama ni. 
    Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.. InsyaAllah. 

    Salam rindu,
    Malina Azmi




    29 September 2011

    Pre-Law threee B in Memories !

    Jangan pelik kalau bahasa aku agak berbahasa kali ini..

    Walaupun dah 3 hari meninggalkan UiTM Merbok dan menamatkan pengajian Asasi Undang-Undang tapi jiwa aku masih di sana. Kenangan bersama rakan sekuliah, rakan sekelas, rakan sebilik masih bermain-main di ingatan. Ahhh, kalau boleh memang aku dah taknak cerita perihal Merbok tapi harus diakui I miss everything about Merbok and the people around =(
    its hard to describe in every single word how i miss them so much. 
    Mungkin korang pun dah muak aku asyik cerita pasal kawan-kawan aku dekat sana kan, ahh.. siapa peduli kau muak ke apa ?

    Sepatutnya entry "Last but not least Part 2" aku sambung kisah kelas PL3B tapi mungkin emo lebih, aku "ter"tulis pasal roomates aku pulak. Pasal roomates, nanti aku update lagi. HAHAHA. biar mulut korang berbuih-buih baca pasal dorang je yedak ?

    Memang terasa masa cepat sangat berlalu, rasa macam baru je datang Merbok, jumpa roomates, masuk kelas, jumpa classmates baru. Tapi itu lah, setiap pertemuan dijanjikan perpisahan, itu yang pasti.

    PL1B-PL3B-ians selamanya dihati :)

     PL1B ( May-Oct 2010)
    lawak tengok muka masing-masing tahun lepas :D
     PL2B (Nov 2010-March 2011)
    yang takde dalam gambar ni, sorry lah ye. siapa suruh korang balik awal ? =p


     PL3B (May-Oct 2011)
     terakhir :(


    Since aku tak sempat nak jumpa korang semua lepas last paper haritu, dekat sini aku ada sepatah dua kata untuk semua keluarga PL3B :) 




    Amalina @ amal/lola, kawan yang paling rapat dalam kelas dan di luar kelas. Tahu tak masa mula-mula masuk aku tak suka kau ? Tapi entah macam mana aku boleh terima kau dan sampai sekarang kita berkawan baik, bukan je baik tapi rapat dah :) . Dimana ada kau, disitu ada aku. Amal, terima kasih sebab jadi kawan aku selama di Merbok dan jalan sama-sama pergi class. Amal, aku tahu, aku banyak buat kau sakit hati dengan aku yang suka cakap ikut sedap mulut dan kasar. Maaf, kalau selama ni aku banyak menyusahkan kau lagi-lagi soal assignments. Lepas ni aku dah tak kacau kau lagi suruh datang bilik aku, sebab mungkin kita pun akan bawak haluan masing-masing masa degree nanti kan. Sorry jugak kalau aku selalu ajak kau keluar di saat kau kekeringan, mesti kau bengang dengan aku kan ? lagi satu, ingat tak kejadian aku kena naik ambulans ? terima kasih banyak2 sebab sanggup datang dari Mahsuri, aku akan ingat apa kau buat sampai bila2 kawan. Terima kasih atas semua memory kau hadiahkan untuk aku selama kita berkawan walaupun setahun setengah je kita bersama di Merbok tapi dah macam bertahun-tahun kenal kau, dan satu yang perlu kau tahu.. kau antara kawan aku yang terbaik aku pernah ada. Harap persahabatan kita tak berakhir sampai sini. Amal, aku sayang kau dunia akhirat. Last but not least, semoga kau berbahagia dengan "A" (bukan nama sebenar) :D aku rindu *daaaaa* kau tu =( btw, hadiah aku kasi tu simpan elok2 tau.


    Nabilah @ Ila, antara kawan yang terawal masa masuk PL1B dulu, tak sangka dia orang kelantan sebab takde gaya Kelantan langsung. :D  start ber"partner" dengan Ila sejak kelas BEL masa part 1 sampai lah part 3, kalau ada apa-apa assignment yang "pair work" mesti aku dengan dia. Antara kejadian yang aku tak boleh lupa bila masa class CSC kitorang berebutkan mouse, disebabkan itu aku jatuh tergolek-golek depan budak baru. elmy lah budak tu, ciss ! malu gilaaa. Ila, aku nak mintak maaf andai selama ni aku buat silap dengan kau, banyak susahkan kau terutama pasal assignment, terima kasih sebab banyak tolong aku pasal kerja BEL, jadi tukang translate dari bahasa melayu ke bahasa inggeris masa buat essay, tukang check grammar assignment chui chui dan sebagainya. Terima kasih jugak ajarkan Eco malam sebelum test & quiz dan bagi jawapan masa quiz aritu :D . Kerjasama dan komitmen yang kau bagi selama kita satu kumpulan amat lah aku hargai. Maaf kalau kau sakit hati sebab aku suka usik-usik pasal kau dengan naim, ehem-ehem *guess me* ! aku takkan lupa lah ayat kau tu.. Semoga kau dengan Naim kekal sampai bila-bila dan tak sabar aku nak tengok Naela, Naemi, dan Naeman korang tu. Terima kasih menjadi salah seorang rakan yang mewarnai hidup aku dekat Merbok tu, Sayang kau Ila ! :) rindu nak kena GODE lagiii


     Ain Hajarah @ Ainoo,  Ain yang matang tapi manja, oh jugak seorang penjimat yang bijak berbelanja ! :D Ain, satu benda yang aku akan rindu pasal kau ialah rindu nak buat masker dengan kau ! aku simpan kot masker yang a'ie bagi kau tu, bila aku tengok, sumpah sedih ! teringat malam sebelum dinner tu. Ain, maaf kalau selama ni aku ada buat kau terasa dengan tingkah laku aku. Ada pernah aku 'ter'marah kau tanpa aku sedar, lepas tu kau cakap 'eh mal, jangan lah marah" dan baru aku sedar yang kau terasa kena marah. Sorry tau Ain ! tak sengaja, mungkin masa tu aku tengah tension kot. Aku doakan lepas ni, apa-apa pun impian dan cita-cita kau akan tercapai, lagi-lagi impian untuk meloloskan diri dari ehem ehem kau tu.. rindu nak dengar kau cerita pasal kek :D. dan dan dan lagi satu, terima kasih sebab jadi kawan aku selama di Merbok dan pernah temankan aku mandi tengah malam haritu tauuuu ! SAYANG AIN SANGAT SANGAT ! Insyaallah, panjang umur dan ada jodoh kita jumpa lagi Ain.






    Syafiera & Aiman, dah part 3 ni baru kita rapat kan ? aku tak sangka kita boleh jadi rapat. Dah nak habis sem macam-macam benda "sweet" kita buat sama-sama. Seronok berjalan-jalan makan angin dekat korang dekat Park Avenue, nanti kita plan pergi holiday sama-sama lagi tau ? Aiman, terima kasih sebab jadi driver sepanjang kitorang ajak berronggeng lagi-lagi masa pergi Penang haritu, untung lah ada kereta sendiri kan, lagi untung kitorang yang menumpang ni :D. Maaf kalau ada salah silap aku dengan kau, tak sengaja tau sebenarnya. Croissant kau yang hangus masa breakfast aritu aku takkan lupa tahu tak ? hahaha. Nanti free2 kita jumpa dekat Sunway okay ? Fiera, sorry kalau aku buat apa-apa salah dengan kau, walaupun kita baru dalam 2-3 bulan rapat tapi rasa macam dah lama kawan dengan kau. ada jodoh boleh jumpa lagi. insyaallah. rindu nak makan Frutti Frutti dan nak sweet-sweet dengan kau =( lagi satu, jangan nakal2 dengan encik bobo tau ? =D gegirl & nyahnyah, pokpok SAYANG KORANG SANGATTTTT !

     Akhyar @ aya, aya ni sekali tengok macam pendiam dan blurr tapi kuat jugak mengata orang ! hahaha. rapat dengan aya sebab kitorang selalu pergi kelas sama-sama dan balik pun sama-sama. :)lagi pun dia ni salah sorang floormates aku. Aya ni macam muka Kajol kan ? alaa, Kajol yang citer kuch kuch hotakhei tu lah. Tapi kajol versi Perak lah. Satu benda yang aku perasan pasal aya ni dia kalau cakap akan bahasakan diri dia "kita/orang". Amboiii, sopan betul bahasa anak Zainolabidin ni haaa.. Aya, terima kasih sebab selalu tunggu kalau aku lambat beli makanan dan tumpang printer kau dikala printer aku buat hal. Best borak dengan kau lagi-lagi mengutuk pasal juniors siam kesayangan kau tu. kehkehkeh. Aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah dekat kau, terasa ke apa ke, sorry lah ye ? Insyallah, ada jodoh kita jumpa lagi tau, rindu kau aya ! =(






    Azreen, tudiaaa HICOM kita ! lawyer wannabe :D reen, kau suka kan curik handphone aku lepas tu buat-buat taktahu ? yang kesian fiera jadik mangsa sebab kau letak dalam bag dia. aku rasa nak tumbuk je kau, tahu ? kang jadi tort of battery pulak. hahaha. Tapi aku tak kisah lah sebab tu cara kau paling "sweet" nak bergurau dengan aku kan kan ? ahaaa.. Yang best pasal azreen sebab kalau dia speaking memang power lah. Aku suka dengar dia speaking dah macam bahasa ibunda dia je, macam air je english dia, no wonder lah kalau subject BEL je dia yang paling outstanding. Sekali dia bercakap, nahhh semua terdiam.
    Reen, terima kasih sebab sudi study dengan aku dekat library masa study week dan ajarkan law. Dan lagi satu sebab belanja aku dengan arif makan aritu, package lunch+dinner sekali kau belanja kan. TERIMA KASIH !  Maaf kalau aku ada buat salah dengan kau, ada ke ? hahaha, Walaupun dah part 3 ni baru kita agak rapat, tak kisah lah janji kita kawan ! btw, best gila karoake dengan kau haritu =) Jangan lupa plan kita nak pergi Sunway Lagoon cuti ni :D . Anyway, i wish you the best of luck in all of your endeavors
    l




    Aida J. & Amira @ Kak Pah, yang Aida ni tak perlu lah aku nak tulis lebih-lebih sebab nanti aku akan update pasal roomates aku pulak, dan dia pun salah sorang rumets aku gak. Sorry naa Aida, ceq tulih hang punya cerita dalam entry akan datang bersama-sama rumets yang lain. :D apa-apa pun nak cakap, masa mula-mula masuk PL1B aku ingat dia ni sombong, bapak ah tak bercakap dengan orang langsung. Ala-ala misteri gittew,iye, dalam ramai-ramai beliau sangat misteri ! dan sangat tak sangka, orang yang aku takpenah terfikir akan berkawan, akhirnya rapat sampai lah jadi roomates. :) traangg tang tangg Kak Pah ! kenapa Kak Pah ? sebab muka dia ada ala-ala sharifah aini gitu kan ? hehehe. jangan marah naaa Mira . =) tuan empunya DSLR yang sangat lah  terkenal dengan sifat penakut ! Kak pah, kita start rapat masa part 2 kan ? masa tu kita masih berjiran, kak pah duduk sebelah ja bilik kami. Best tau kalau kak pah datang bilik kami borak-borak siap berlawan cakap utara dengan nelfi, "lapiaq" "sabiaq" "apadiaq" hahaha, dan macam2 words yang sangat kelakar ! masa mula-mula aku ingatkan Mira ni sombong, yela muka macam nak makan orang, tengok kening dia je dah gerun woo :D tapi bila dah kenal, baik gila kak pah ni. Muka legend tapi hati sangat lah comel dan penakut rupanya. Kak Pah, aku nak mintak maaf kalau ada buat hang terasa apa-apa ka, tak kisah samada yang tersurat mahupun tersirat, terima kasih sebab bagi aku experience bermain-main dengan DSLR hang :D  kerana DLSR mu, wajah ku begitu berseri di malam dinner. hahahah. Ada jodoh, kita jumpa dekat Shah Alam naaa.. 


     Hidayah, Shakila, Zulaikha, tiga orang ni asyik berkepit je. dah lah roomates, jadik classmates pulak tu. Untung laaaa :D Dayah, walaupun kita jarang bercakap tapi kalau sekali kita bercakap macam dah kawan lama je kan. Terima kasih sebab pernah tolong aku bawak balik laptop masa aku nak keluar haritu, mesti berat kan sebab campur dengan laptop kau sekali. Terima kasih la banyak2 :) dah lah kau duduk jauh dekat perlis nun, entah bila lagi kita dapat jumpa. T__T . Kiki, saat entry ni ditulis, kau tengah syok-syok dekat India nun.. amboi amboi kauuu, best kan holiday jumpa sanak saudara kat sana ? hahaha. Kiki, dulu kita sangat rapat kan, sebab kita satu group, apa-apa pun kita buat sama-sama. Walaupun kau jarang buat kerja tapi kehadiran kau setiap group discussion kitorang hargai, kira kewujudan kat dekat situ bagi semangat lah kat kitorang. Tahu tak, aku sedih dan menangis lah jugak bila kau terpaksa keluar dari group kitorang ? tapi aku faham situasi kau masa tu, dan aku tak kisah pun.Maaf andai kata aku terkasar dengan kau, terkutuk ke apa ke, biasalah nama pun bergurau kan, Terima kasih sebab pernah buat aku gembira sepanjang di Merbok :) . Zulaikha, aku kenal kau pun sebab Kiki cerita yang masa part 1 kau nampak aku dekat Shah Alam. Pelik jugak  macam mana kau boleh kenal aku padahal masa tu aku tak kenal kau pun.hahaha, tapi dari situ  baru aku tahu rupanya ada jugak orang duduk shah alam, boleh temankan aku balik yedak ? Ika, terima kasih sebab selalu belikan tiket bas untuk aku,temankan balik dan duduk kat tepi tingkap kalau naik bas sebab kau tahu aku takut duduk tepi kan. Hahaha, kenangan kita tahan kencing selama 3 jam dalam bas KMK aritu memang aku takboleh lupa la wehh, bulu roma kita sama-sama meremang kot masa tu. =D Maaf kalau aku ade terkutuk kau depan-depan ke, terkasar bahasa ke apa ke, sorry okay ! kau kalau jumpa aku dekat shah alam tu tegur2 la, jangan sombong-sombong pulak, aku tembak kang. :D

     Aina & Akilah, dimana ada Aina, distu ada Akilah, itu lah prinsip mereka. hahaha, memandai je aku ni. Aina, suka tengok hang speaking :D sangat best tau ! kalau aku masuk kelas, mereka berdua lah yang tegur dulu, selalu bergurau senda dengan Maduuuuu @ Akilah bercerita perihal hubby kami sebelum kelas start. hahaha. Aina&Kilah, maduu mintak maaf naa kalau selama kita duduk sebaris ni maduu ter"over" bergurau ke yang buat cik na dan cik lah terasa. Terima kasih sebab jadi antara sahabat PL3B yang best buat maduuu :) rindu ampa dua. ^-^



    Yang atas dari kiri, Diyana, Tasbihah, Aini, Jannah, Che Amalina & Ana Asyida
    Tengah Farhana, Nabila, Farah Azaliya
    Bawah Adila , Aishah Nabilah

    Mungkin dengan korang semua aku jarang bercakap dan tak berapa rapat tapi tak semestinya aku jarang bercakap, aku akan lupakan korang terus. So, antara ucapan terakhir aku buat korang semoga berjaya dalam apa-apa pun yang korang buat lepas ni. Mungkin lepas ni kita semua dah tak jumpa dah, tapi kalau "ter"jumpa tu jangan buat-buat tak kenal pulak :D Maaf kalau korang ingat aku sombong ke apa taknak cakap dengan korang, bukan apa aku cuma malu je nak tegur.


    Aie masa mula-mula pun aku tak suka kau tahu tak ?  bapak ah, muka kau sombong gila kot sehingga menimbulkan rasa menyampah. hahaha. tapi kan, bila dah lama-lama kenal kau baru aku tahu betapa baiknya kau ni A'ie. Sampai la aku jadi rapat dengan kau kan. Paling aku terharu gila, hadiah yang kau kasi tu awww sweet lah ! tak sangka aku dapat hadiah dari kau masa birthday aku aritu :D Nanti mesti rindu nak dengar kau bercerita macam-macam, dengan suara kau yang high pitch tu lagi siap suka komplen itu ini. Suka datang bilik aku, dah tu main rempuh je pintu bilik aku tu kan, hahaha. Walaupun muka kau legend habis tapi hati kau yang macam taman tu orang yang dekat2 dgn kau je tahu betapa berbunga-bunganya. Percaya lah, aku akan rindu kau Aie, sangat ! =( sorry, kalau ada salah silap selama kita berkawan ni dan terima kasih jadi sebahagian hidup aku dekat Merbok. 




    Marisha, kawan 1st aku kenal dalam kelas, masa tu kelas BEL, dia duduk sebelah aku. Walaupun bukan satu group tapi kitorang berkawan baik, Isha ni sweet je orangnya, lagi satu dia ni badan je kecik tapi kuat makan :D  sekali tengok dia ni macam sombong, tapi kalau dah kenal memang boleh ngam lah ! Marisha pernah temankan aku tido sebab masa tu semua roomates aku tak balik lagi, terima kasih Isha :) aku doakan kau dapat pursue law dekat shah alam. Rumah kita pun taklah jauh sangat pun area2 selangor jugak kan.. insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi :))






     Elmy, Arif, Taufik, Elmy atau aku panggil dia Mimi, ayu kan nama tu ? :D antara budak lelaki yang paling aku rapat dalam kelas.Mula kenal masa dalam kelas CSC, dia ni lah saksi utama kejadian aku tergolek dalam kelas tu, sumpah malu bhai ! dia siap boleh gelak2 lagi pulak tu, cis ! Lepas tu aku kesian pulak tengok dia takde group untuk subject law, betapa budimannya aku ni bagi dia join group aku sebab sebelum tu muka dia macam nak mintak simpati je dengan aku, mentang-mentang tegur aku dulu kan masa kelas CSC. itu semua masa part 1. Mimi, kau tahu kan kau banyak menyusahkan aku ? mengaku cepat ! ada sampai tahap aku bengang gila dengan kau, sampai dah taknak tengok muka kau, tapi dalam masa nak mengelak tu kau ade je. haihh, dah berapa kali aku tak jadi marah dengan kau. Apa-apa pun terima kasih sebab jadi kawan aku, kawan yang sengal, bengong, gampang semua kau lah. Jujur, aku selesa berkawan dengan kau, sebab aku boleh cakap lepas dengan kau. Hahaha. Sorry lah sebab aku selalu kasar dengan kau. Apa yang terjadi antara kita sebelum ni buat jadi kenangan sudah lah ye. Aku ingat lagi masa lepas jawab paper law yang kau cakap, "nanti aku rindu kau doe". hahaha, ke aku yang salah dengar ? takpe lah.. nanti aku pun rindu kau jugak dengan kawan2 semua. Jaga awek kau tu baik-baik, kalau panjang jodoh korang jangan lupa jemput aku okay ! Ada rezeki, kita jumpa lagi. Arif, masa part 1 rasanya aku tak tegur kau langsung kot, tapi dah part 3 ni baru lah dapat bercakap-cakap dengan kau kan. Terima kasih sebab ajarkan global. Seriously, best kot belajar global dengan kau, kau bukak mulut je aku dah faham. Jangan lupa plan kita nak pergi Sunway tauu ! dan belanja makan ikan talapia belaan kau tu :D . btw, seronok kawan dengan kau. Taufik, 1st time kita lepak sama-sama masa kau datang dining, dari situ lah aku mula kenal kau . Walaupun mulut kau agak "jujur" tapi tak kisah lah, tu diri kau kan. Terima kasih sebab kadang2 bagi tumpang naik "ferrari" :) dan sorry kalau aku pernah buat kau marah ke apa. Jangan kecewa if tk dapat pursue law dekat UiTM, insyaallah rezeki tu ada. All the best korangggg !
     
     Akram, Aizam, Fisol, Akram kau antara budak lelaki yang cute kot dalam kelas. Aku dengar cerita kau manja eh ? hahaha. Dalam lecture law kau pernah duduk sebelah aku tapi aku cakap kau tinggi sangat and aku taknampak lepas tu kau terus tukar tempat and duduk depan aku kan. Aku tak sangka kau selamber badak je  bukak phone aku lepas tu bluetooth lagu, hahaha. tapi aku tak kisah lah Akram sebab kita kawan kan ! :)  Aizam, class rep sejak PL2B sampai lah PL3B, seorang amat bertanggungjawab. Sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai class rep, cewahh. Aku ingat lagi, masa kelas BEL260, kau volunteer untuk bercerita pasal diri sendiri, aku tabik dengan kau walaupun kau speaking tak fluent tapi kau berani cakap dekat depan semua orang. Aku suka semangat kau tu, tak kisah lah apa orang nak cakap kau speaking berterabur ke apa janji kau tahu diri kau. Terima kasih sebab photostatkan apa-apa yang patut untuk kelas, bagi information semua.Terima kasih Aizam ! semoga lepas ni, apa yang kau impikan akan tercapai, termasuk nak jadi atlet :D. Fisol, aku rasa macam baru sekali dua je kot bercakap dengan dia. Dia ni pun penyegan jugak orangnya.Dia ni kira macam ustaz lah. Dalam kelas punya payah nak bukak mulut, suara pun susah nak dengar, tapi kalau baca status dekat FB, tak sangka yang post tu ialah Fisol. Makan dalam jugak lah kadang-kadang, hahaha. Tapi aku faham itu semua untuk kebaikan bersama kan. :) Insyaallah, panjang umur kita jumpa lagi. 

     Fahmi, Fikri, Azif, dengan korang lagi lah aku jarang bercakap kot kecuali dengan Fikri sebab Fikri ni peramah sikit, boleh nampak lah dia ni bukan pemalu orangnya. Lagipun aku pernah satu group dengan dia masa mini debate masa Part 2, seorang yang banyak idea dan banyak cakap jugak :D. Fahmi & Azif aku tak pernah satu group dengan dia dorang. So, jarang lah bercakap. Kalau nak bercakap pun taktahu nak cakap apa kan. Korang, walaupun kita tak rapat tapi mengenali korang di PL1B-PL3B adalah sesuatu yang best, tak kisah lah korang jenis yang banyak cakap ke tak tapi korang sebahagian pelengkap PL3B. Wish you all the best, lepas ni kalau ada rezeki kita jumpa dekat Shah Alam ye. :D


    fuhhh, tak sangka aku mampu menaip entry panjang gilos macam ni, demi PL3B aku sanggup ! :D Rasanya takde yang tertinggal kot kan ? semua nama dan gambar ade kan ? sekali sekala aku bagi korang glamer sikit dalam blog aku, mana tahu nanti ada yang berkenan ke kan, boleh aku "kenen kenen" kan. Apa kau ingat blog aku tempat carik stok jodoh ? boleh je che jahhhh.. Sekali lagi, aku doakan kita berjaya dalam apa-apa bidang pun lepas ni sebab aku tahu tak semua dapat pursue law nanti. Siapa yang dah berjaya jadi lawyer, ingat-ingat lah kawan-kawan yang lain :) Jaga diri korang baik-baik, kawan ! aku akan rindu korang, itu pasti !


    Salam sayang,
    Malina Azmi



    27 September 2011

    Semester Akhir, Episod akhir : Last but not least #Part 2

    Last.. this is real punya last !
    25hb September hari terakhir dekat Merbok. sebelum balik kena hadap killer paper dulu, LAW III. bapah ahh,memang KILLER habis. spot satu pun tak keluar. Jujur aku cakap aku tak baca apa selain spot. Terasa sangat lah bodoh bila tengok soalan semalam tu, haram jadah PART B satu pun aku tak tahu, yang PART C aku tibai je apa yang tahu padahal satu pun taktahu. ah lantak lah. Dengan berbekalkan carrymarks sebanyak 35, harap dapat C pun boleh. Lepas habis jawab, keluar dewan je ada yang kelam kabut nak balik dah, sumpah sebak aku masa tu. 

    Tapi yang lagi buat aku sedih gila bila nak tinggalkan roomates, lagi2 masa aku dah nak balik, ada sorang roomate aku yang tak balik bilik lagi. Aku paksa mak aku tunggu kejap, sambil tu aku dengan roomates yang lain try call dia, tapi dia tak jawab. Tapi disebabkan parents aku nak cepat, aku tak boleh tunggu lama-lama. Sumpah sedih sangat masa tu sebab aku tak sempat nak jumpa dia. Depan mama jugak aku menangis sebab tak dapat jumpa roomate aku yang sorang tu. Lepas tu mama konon2 pujuk nak sedapkan hati aku lah, "takpe la, nanti dekat sana jumpa lah. Nanti kita pergi rumah pakcik roslan dekat Kajang, kita singgah rumah dia" 


    Nelfi, tahu tak aku nangis tak dapat jumpa kau. Last day pulak tak dapat nak peluk cium babai kau. Aku rasa Nina lagi sedih sebab dia duduk jauh, entah bila lg dpt jumpa kau kan. Tapi nak buat macam mana, kau ada hal kan masa tu. Lepas dapat message dari kau baru rasa lega sikit sebab sebelum tu kitorang semua risau kau pergi mana, hilang macam tu je. Takpe lah, itu namanya takde rezeki lah nak jumpa. 

    Nina & Nelfi, 3 sem kita sebilik. Dah rapat macam adik beradik pun. Dengan korang aku gelak, dengan korang jugak lah aku bergaduh tapi dengan Nelfi je lah selalu gaduh. :D
    Semester satu, semua benda kita buat sama-sama. dari makan, mandi sampai lah tido pun sama-sama. Yela, masa tu semua penakut ya amattt. Rindu gila kot masa tu.. dan bilik kita yang paling bising antara semua bilik dekat floor tu kan. 
    Semester dua, Aida pulak masuk sebab dia kena pindah bilik. Bila dia masuk bilik aku tu 
    at least buat dia banyak bercakap sikit sebab dia ni punya la susah nak bukak mulut. Kesian jugak dekat dia sebab selama ni dia duduk bilik 2 orang, ada privacy sikit. Tapi bila dah masuk bilik aku, privacy tu memang tak ada lah. So, kena lah tahan kan dengan kitorang yang setans setans ini kan.


    Banyak memori kita selama 3 sem dekat M1-02-08. Rasa kejap gila pulak stay dekat situ. Siapa lah junior yang bakal menempatkan diri beliau dekat bilik tu kan. Harap2, korang jaga la bilik tu macam akak-akak jaga bilik tu selama setahun setengah ni. ewahhh, amanat habis ! 
    nelfi,nina,aida
    miss u guys soooooo badly ! =(


    sebelum ni aku tak pernah ada roomates, dan korang yang pertama.
    Terima kasih sebab jadi roomates yang best buat aku.
    Terima kasih sebab terima aku seadanya, tahan dengan perangai aku, mood aku, mulut aku
    selama kita sebilik.

    Dear Nina, hai DATIN ! terima kasih sebab tetiap minggu bawakkan makanan free sampai aku sendiri tak malu tanya 'arini nina bawak apa eh?" Untung kau balik tetiap minggu kan, untung lagi kitorang :D. Terima kasih sebab temankan aku pergi toilet selama ni. Maaf salah silap aku selama kita berkawan. Sorry selalu kutuk bahasa baku kau tu. :D  Lagi satu, semoga kau berbahagia dengan Arif :))

    Dear Nelfi, hi gorgeous ! aku rasa aku yang paling banyak menyusahkan dan buat kau bengang kan. Terima kasih sebab tahan dengan aku, hahah. Halalkan semua yang kau bagi, ajar aku macam-macam, lagi-lagi pasal "pronunciation" yam yem tu. :D pastu, temankan aku tengok movie dan kadang-kadang temankan aku mandi :D dan layan apa aku cakap. terima kasih girlfriend :) nanti mesti rindu nak gaduh-gaduh dengan kau. Last but not least, aku doakan kebahagiaan kau dengan Amsyar, ewahhh. :D eh lupa nak cakap, aku dah suka pakai "baju kecik" yang kau asyik suruh aku pakai tu tauuu. HAHAHAHA.

    Dear Bukk,  terima kasih sebab sudi duduk dengan kitorang selama satu sem setengah. Walaupun kita kenal tak lama, tapi kita dah macam adik-beradik kan. Sekelas dan sebilik pulak tu. Sorry kalau selama ni kau annoyed dengan aku, Terima kasih banyak2 temankan aku pergi toilet malam2. HAHAHA. Semoga berbahagia dengan Mahadi, Adam, aaaa Fik... aaa.. Akhe.....  siapa-siapa lah ! :D jaga adik ninie baik2 naaa ! rindu nak kata kau nirmala bonat lagiii.

    banyak lagi nak cakap sebenarnya tapi tak tertulis. 

    Tak kisah lah lepas ni mungkin korang lupakan aku, tapi just one thing yang korang kena tahu, AKU SAYANG KORANG SANGAT-SANGAT ! tipu lah kalau aku cakap yang aku akan lupakan korang macam tu je, 3 sem kot kita duduk sebilik. Suka duka kita harung bersama, kawan. :)

     in memoir of M1-02-08



    tetiba mood lagu Kenangan Terindah :(

    aku tak fikir apa-apa pun sekarang ni, dah 2 hari emo teringat dekat Merbok dan korang.