15 December 2016

Macam mana Mal turun berat ?

Salam dan Hai !

Alhamdulillah selepas berjaya turunkan sebanyak 14KG, sekarang Mal nak share apa je yang Mal buat ? Selain gantikan sarapan pagi dan malam dengan Nutrisi 123 dan, ni antara tips turun berat yang Mal sendiri buat, sebelum tu siap siap kentalkan hati dulu okayy ? 

Here we gooooo.....

TETAPKAN MATLAMAT :
Sebelum nak turun berat, kena tahu kenapa kita nak turun berat ? berapa nak turun ? letak target siap-siap, declare nak turun berapa, dalam masa berapa bulan. Macam Mal, memang dah declare nak turun 10KG, semat dalam diri siap siap matlamat tu. Alhamduillah, lebih dari tu Mal dah capai. Gunakan konsep SMART untuk tetapkan matlamat.
S : Specific
M : Measurable
A : Achievable
R : Realistic
T : Time

UBAH TABIAT MAKAN :
Sesungguhnya tabiat makan elemen terpenting untuk turun berat. Kita gemuk pun sebab makan, dan kita nak turun berat pun kena kembali kepada makanan bukan ubat. Bezanya, cara pengambilan makanan tu. Bersyukur berjumpa dengan jurulatih nutrisi Coach Kay yang banyak bagi tunjuk ajar cara pemakanan yang betul. Apa paling best tak payah skip nasi oii ! Sepanjang program Mal tak pernah berlapar. In fact, nak turun berat kena banyak makan, 5x sehari pulak tu. Hanya ikut konsep, 80% pemakanan yang baik dan 20% senaman. Kalau buat 80% senaman tapi tak tahu cara makan yang betul, tetap rugi. 

KIRAAN KALORI : 

Kurangkan kalori, bukan makanan ! Pentingnya kena tahu berapa kalori badan kita perlukan. Dapatkan "magic number" dari Coach untuk kawal kalori. Selalunya magic number ni boleh dapat melalui body scan (timbang) dari bacaan BMR (Basal Metabolic Rate). Bila dah tahu magic number, Mal guna apps myfitnesspal untuk track kalori harian.

3-6 BULAN YANG PALING SERIUS :
Berat naik pun ambil masa bertahun tahun, jadi tak boleh lah nak turun berat pun kejap je. Bagi masa pada diri sekurang-kurangnya 3-6 bulan. Apa yang penting, 3 bulan pertama dalam program. Apa mal buat dalam masa 3-6 bulan yang paling serius ni ?

  • konsisten dengan Nutrisi 123 Herbalife, haaa ni WAJIB
  • Wajib makan nasi setiap hari
  • ikut meal plan (mengikut magic number) yang disediakan oleh Coach
  • bersenam 3-4x seminggu (termasuk program Shah Alam Fit Challenge)
  • kurangkan dan elak minum air manis dan berkafein
  • elakkan makan fast foods and junk foods
  • minum air kosong minimum 4L (25KG =1L)
  • cheat day 2 minggu/sebulan sekali , enjoy la sikit hidup tuu

Senang je kan? Tak susah nak apply kalau minda kita bebetul 100% positif nak transformasikan diri. So, good luck !


HERBALIFE MEMBER MALAYSIA
AHLI BEBAS HERBALIFE MALAYSIA

Herbalife Klang
Herbalife Bukit Raja
Herbalife Meru
Herbalife Kapar
Herbalife Setia Alam
Herbalife Puncak Alam
Herbalife Bukit Jelutong
Herbalife Glenmarie
Herbalife Kota Kemuning
Herbalife Shah Alam
Herbalife Subang Jaya
Herbalife Petaling Jaya

JURULATIH HERBALIFE (OFFLINE & ONLINE COACHING)
TURUN BERAT | NAIK BERAT | TENAGA & STAMINA SUKAN
NURMALINA BADRUL AZMI (COACH MAL)
WHATSAPP / MESSAGE : 011-26267295

06 December 2016

Cardio vs Weight Training

Apa beza antara kardio dan weight training ?


Kebanyakkan yang nak kurus akan memilih kardio sebagai senaman pembakar lemak. Yaa kardio sememang membakar lemak tetapi untuk sampai tahap membakar lemak mengambil masa 10-20 minit sebelum badan kita mula tukar dari menggunakan glycogen sebagai sumber bakar. Proses pembakaran lemak akan terjadi selepas 10-20 minit senaman dan proses tersebut akan terhenti apabila senaman terhenti.

Berbeza dengan Weight Training, walaupun ia hanya membakar sedikit kalori, tapi kesan pembakaran lemak bertahan selama lebih kurang 48 jam, kerana peningkatan metabolisma.


KARDIO 
Bakar banyak kalori , tetapi pembakaran lemak hanya berlangsung semasa senaman berlangsung.

HIIT
Bakar kalori secara sederhana, tetapi  pembakaran lemak dapat bertahan diluar senaman selama 48jam

WEIGHT TRAINING
Bakar kalori sedikit, tetapi  pembakaran lemak dapat bertahan diluar senaman selama 48jam.



sumber susu sejat

Sebelum sampai kepada level pembakaran lemak, badan akan mengunakan muscle glycogen seterusnya liver glycogen yang dipakai apabila msucle glycogen menjadi rendah dan seterusnya BBAC barulah lemak. Sebelum ke tahap lemak (10-20minit)

Untuk pembakaran lemak secara efisyen terdapat 2 cara 
  1. Mengosongkan perut / tidak carbo loading as glycogen. Jadi pembakaran lemak akan menjadi cepat 
  2. Dahulukan Weight Training sebelum Kardio. Semasa proses weight training badan akan menggunakan level 1-3 dan masuk sahaja kardio pembakaran lemak akan berlaku.
Untuk penurunan berat mengosongkan perut sebelum senaman adalah dicadangkan tetapi jika baru berjinak dengan senaman lebih selamat makan 2 jam sebelum sebab ada bekalan tenaga. Japlagi kau pitam terus sesal separuh nyawa taknak senam dah. Takpayah takut untuk makan kalau tahu macam mana kawalan kalori.