09 October 2019

TURUN LEMAK 21 HARI DAN KEKAL KURUS

Bila datang semangat nak kurus pelbagai cara kita google, ada yang cari video senaman, ada yang terus cari menu diet, jenis jenis Diet yang popular, ada juga yang terus diet copy-paste sebab ikut cara member. Tak tentu lagi cara member tu betul terus follow tanpa research. Tidak semua Diet sesuai dengan badan kita, that is why perlunya kita buat research sebelum mula program untuk elak terjadinya "CRASH DIET"


APA ITU CRASH DIET?

Crash Diet dimana jumlah kalori yang kita ambil dalam sehari adalah terlalu sedikit berbanding defisit kalori yang menyebabkan kita diet secara berlapar. Ya Crash Diet sangat berkesan untuk turunkan berat TETAPI cara begini sangat tidak baik dan tidak digalakkan kerana ia membawa kepada pengecilan otot bukan lemak ! Bila otot mengecil, metabolisma badan akan menurun, badan juga akan menjadi letih dan lesu dan mungkin nampak kurang bertenaga dan sihat.

Perlu fahami untuk hilangkan berat badan apa yang sepatutnya hilang ?

  • Otot?
  • Lemak?
  • Air?
  • Jisim tulang?
Penurunan berat yang sihat adalah turunnya lemak 

Ada yang naik penimbang turun 1kg dah happy padahal seluar ketat lagi, rupanya yang hilang tu adalah otot.

Ada yang baru turun 500g tapi baju dah rasa longgar , besar kemungkinan penurunan dari lemak. Keadaan ini dipanggil inch loss.

Lagi banyak inch loss makin longgar baju kita !

Fakta : lemak vs otot 



Otot bakar lebih banyak kalori dalam badan, jisim otot yang tinggi akan jadikan body shape lebih cantik.

Lemak membuatkan bentuk badan badan nampak besar dan flabby


Jenis lemak 

Lemak subkutan 

Dikenali juga sebagai body fat , lemak bawah lapisan kulit , yang bawah lengan, lemak peha, atau yang orang panggil 'spare tyre' kat perut tu. Cara turunkan  mudah je dengan pemakanan yang betul, senaman, dan air kosong yang mencukupi. Lemak jenis ni kurang berbahaya tetapi jika berlebihan akan membuatkan badan kita nampak besar

Lemak Visceral

Lemak jahat dan bertoksik. Lemak ini kita tak boleh nampak dan rasa kerana ia berkumpul di sekeliling organ di dalam rongga perut. Punca penyakit berbahaya ; jantung, diabetis, kolestrol tinggi.Kalau nampak orang yang perut buncit tu haa confirm tinggi peratus lemak visceral dia !

BINA TABIAT PEMAKANAN SIHAT 21 HARI UNTUK TURUN LEMAK DENGAN EFEKTIF

Sebelum mulakan Misi Turun Lemak, korang perlu tahu Defisit Kalori untuk pastikan tak terlebih makan dari apa yang sepatutnya . 

Minggu Pertama

8 Hari yang pertama , biasakan diri dengan makan 5 kali sehari mengikut meal plan yang dicadangkan oleh Coach atau Dietitian korang. Minggu pertama adalah crucial week dimana akan berlaku adjustment tubuh badan untuk penerimaan tabiat baru. Minggu ni mental kena kuat sikit laa, yelah dah biasa makan ikut sukati tiba tiba kena control. Minggu pertama ni kebiasannya akan rasa pening, loya, nak demam, lesu sikit, kadang ada yg moody. Tak semua akan rasa perkara yang sama, tetapi jika berlaku , pastikan minum air secukupnya dan rehat.

Minggu Kedua

Deria rasa mula berubah, fasa ni kita dah tak rasa nak makan berlebihan, badan mula biasa dengan tabiat makan yang baru. Badan akan terbiasa dengan minum air yang mencukupi, bila kurang air mula terasa kering sangat tekak. Selalunya fasa ni dah tak rasa craving manis manis sebab minggu pertama kita sudah ajar badan minum air kosong.


Minggu Ketiga

Badan dah mula terima tabiat baru, jangan terlalu selesa , keep on track untuk kekalkan momentum 90 hari seterusnya.

Masterkan 21 hari tabiat pemakanan

4 cara efektif turun lemak di perut

1. DIET YANG BETUL DAN KONSISTEN
Makan tinggi protein, karbohidrat tetapi sederhana lemak. Kurangkan kuah atau lemak dalam pinggan. Elak makanan trans fat: processed food, fast food, bergoreng
Makan tinggi protein : daging putih (ayam/ikan), tauhu, tempe, kekacang
Tidak makan makanan tinggi gula : donut, kek, kuih-muih, pastry


2. SENAMAN PEMBERAT , KARDIO, HIIT
3-4 kali seminggu

3. AIR KOSONG YANG MENCUKUPI MENGIKUT BERAT BADAN
Setiap 20kg = 1L

4. REHAT YANG MENCUKUPI
Dapatkan tidur yang berkualiti