09 May 2012

3D2N @ Berhulu Camp


Jumaat haritu secara rela dalam keterpaksaan aku menghadirkan diri untuk Modul 1 PBSM dekat Jempol, Negeri Sembilan. Terpaksa ok terpaksaaa. Camping 3 hari dalam hutan merupakan salah satu azab dunia okk. Nama pun 'Modul', kalau tak pergi kena repeat. Malas nak fikir repeat repeat bagai, maka aku pun redah je lah camping tu.

Bertolak dari UiTM pun dah agak lewat, pukul 4 petang macam tu, aku syak mungkin lah sampai sana dalam pukul 6 petang macam tu sebab dari sini ke negeri sembilan tak lah jauh sangat kalau ikut PLUS. Tapi entah kenapa lah driver bas tu bangang sangat pergi masuk KL ikut federal highway. Jammed gila ! Memang pakcik bas tu kena maki lah dengan kitorang, dekat KL tu je redah sesak dah 2 jam. Dah lah kitorang kena naik BAS SEKOLAH. Tak gah langsung budak UiTM naik bas sekolah -_____-'' pakai pulak uniform PBSM, super malu okk.
Dalam pukul 8.30 malam macam tu sedar sedar je aku dah sampai. Aku memang tak sedar langsung dah masuk kawasan tu sebab tidur. Bangun bangun je Fiera cakap " Mal, tempat ni jauh gilaaaaa, sumpah dah jauh ke dalam hutan. " Aku masa tu mamai mamai lagi, turun dari bas je, nampak kiri kanan HUTAN ! Dalam kepala otomatik terus terbayang langsuir gelak gelak sambil bertengkek atas pokok. Creepy. Tengah malam tu , macam biasa kalau namanya camping, tak sah kalau takda night walking lah, operasi burung hantu lah. Sudahnya nak dekat pukul 3 pagi baru dapat tidur. Itu pun tak sampai 30 minit buat taik mata, dah kena panggil jadi mak guard jaga khemah. -____-'' entah apa-apa, memang saja nak kasi aku mencarut tengah tengah hutan tu.




















Kumpulan Jagung

Kumpulan 123...321...double double number 1 !

Kumpulan Cantikkkk....Letoppp !



Penat camping tak habis lagi, this weekend kena pergi UiTM Perlis pulak untuk program kawad kaki 24 jam. Okay pengsan. 

Ps : Menyesal tak masuk kesatria. Kbai.