25 October 2011

Soalan dan Persoalan

Amat sukar untuk dinafikan bahawa aku ni agak rajin orangnya. Oleh itu, disebabkan kerajinan yang terlampau semasa menghabiskan cuti yang sangat awesome ini lalu terlintas dihati nak buat 'benda' ni. Nak sebut nama spesifik pun taktahu amenda yang aku nak buat ni. Mari kita tengok dan hayati bersama :)

1) Siapa engkau sebenarnya? bagi enam.

i- Saya Malina. So, hai everyone ! :)
ii- Monster comel yang masih tidur dengan bantal busuk. Kini, esok dan selamanya.
iii-  Love photography, indeed !
iv- I can either be your best friend or your worst enemy. *keninkenin*
v- I j
ust want a "long time relationship" okk. Bukan pakai buang. 
vi- Aku lah yang nak kahwin tahun depan tu ! HAHAHAHA. okk tak kelakar. -__-



2) Benci? bagi enam.

i- Of course CICAK ! boleh histeria 10 saat kalau jumpa. 
ii- Menunggu. 
iii- Using Make-up. Kata natural beauty, harus lah tak pakai make-up bagai yedak ? 
iv- Mathematics. 
v- Liars. 
vi- oWang yunxx sukEw tUlis gewdixx gEwdix macam nie, kAw ta pEwnah pegy skowla kew ?

3) Sayang? bagi enam.

i- Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W serta para sahabat. 
ii- Familia
iii-Roomies
iv-Girlfriends and boyfriends yang gila ohsem !
v-Bantal kecik (bantal busuk)
vi- _______________ (my dear future husband)

4) Setiap kali nak keluar mesti bawak apa? bagi enam.

i- Phone
ii- Telekung (if jalan lama/jauh)
iii- Purse yang mengandungi cash dan ATM card. Aku bayar pakai CASH je okk.
iv- Lip balm
v- Clean&Clear blotting paper.
vi- Bawak diri of course. 


5) Apa yang tak tercapai lagi? ni random.

i- memiliki Canon EOS 600D.
ii- Lesen kereta. 
iii- BlackBerry Bold 9900/9930
iv- Belajar main gitar.
v- Meluahkan perasaan terhadap _________. TETTTT !
vi- Dean list. Entah bila aku nak dapat DL. -___-


6) Yang unik tentang diri anda?

Finger print saya corak abstract. 


7) Hati sudah terisi? berikan ciri-ciri si dia itu. bagi enam

    Kroohhhh...

    8) Kenapa sayangkan yang kat atas tu?

    Kalau dah nama pun soul-mate siapa tak sayang kan ? 

    9) Dah jumpa kawan sejati?

    sambung krohhh krohhh

    10) Apa pendapat anda tentang tag random ini?

    Baik untuk menajamkan minda dan menguji tahap kepantasan menaip. zas zas zas..!
    *maklum, dah lama tak menaip buat assignments*

    11) Apa pandangan tentang orang yang tag anda ni? nak satu perenggan :p

    Takde siapa tag pun, aku je yang syok sendiri, perasan kena tag. -___-. Btw, again.. aku copy dari Aeno. =B . 
    Aku tahu mesti kau pelik kan Ain, sebab aku boleh COPY kan kan ? Takpayah "Disable right click" sangat lah Ain. HAHAHA. segala code layout kau pun aku boleh curik kot :P 

    12) Tag 6 org.

    Sanggup dan rajin ? Silakan..




    Kbye.
    Much Love,
    Malina Azmi




    03 October 2011

    Kenangan M1-02-08 bersama mereka

    Almost a week meninggalkan UiTM Merbok, kesedihan masih terasa. Ahhh, tak habis-habis aku nak emo kan, kadang-kadang rasa nak bagi penampar dekat muka sendiri bagi sedar yang semua tu dah berakhir. Hopefully this is the last time yang aku akan bercerita perihal Merbok and the people around. Macam aku dah cakap sebelum ni aku akan update pasal ROOMIES pulak kan. 

    M1-02-08 itu lah nombor bilik aku. 
    Blok Masria 1, tingkat 2 no. 8.

    meja study, tapi jarang gila aku duduk dekat meja ni. 
    Sem ni aku rasa 2-3 kali je aku duduk kat kerusi ni sebab aku lagi selesa guna meja yang ni...


    kau nak study sambil buat kuak lentang dekat bawah pun bolehhh jah.
    thats why aku suka lepak bawah je. haaa... ni port aku !
    makan,study,buat assignments,borak2 memang kat sini je lah.. sampai kawan aku cakap
    "asal aku datang je, Mal mesti dekat situ..takde tempat lain ke dia nak duduk?"

    dah 2 semester aku tido atas, sebab dah bawak kipas :D
    tapi kalau musim test ke exam ke tilam aku bawak turun bawah lahh, senang nak landing.




    kemas sikit nampak sebab masa amek gambar ni baju banyak tak basuh dalam baldi.

    bilik korang ada makanan seheaven ni ? :D
    bilik kitorang ape je yang takde ? LCD TV 45 inci je tak mampu nak bawak
    kalau tak, memang aku angkut. 

    tapi dah sem 3, masing-masing dah malas ya amat nak menyusun
    haaa, amek kau !
     main campak2 je

    all time favourite

    we called it as "Starbucks Mak Leha"

    menatang ni takde lah dalam bilik aku tapi seisi bilik aku memang suka bertandang dekat sini amek air. Aaaaa, rindu water cooler ni lah !

    masa mula-mula masuk bilik ni aku blurrr gila kot. Dah lah last yang sampai. so, amek je saki baki katil yang tinggal. Thats why dapat atas, aku tak kisah lah sebab kat rumah pun memang aku tido katil atas. Betapa sesaknya bilik masa tu. Yela, sekali 4 family dalam tu semua nak mengemas dengan barang2 yang banyak gilos buat aku jadi takde mood. Aku tak sure siapa dulu aku kenal, tapi for sure aku salam dengan Farah dulu lepas tu nampak Nina dia senyum, lepas tu Nelfi pulak tegur, sempat "berhai-hai" dan bertanya-tanya nama.Yes, nama Nelfi paling susah aku nak sebut masa tu. Aku tak banyak cakap pun masa tu, dah nama pun takde mood kan. Barang-barang aku pun mama yang banyak kemaskan. Tak sempat apa pun nak beramah mesra dengan roomates sebab lepas kemas-kemas terus keluar nak menghabiskan sisa baki masa dengan family dan kena balik sebelum pukul 4. Masa MDS tu la baru berkenalan dengan roomates semua. Aku, Nina, and Nelfi berpakat nak satu group, malas nak berpecah nanti apa-apa hal susah. Farah masa tu kena balik sebab demam, so kitorang 3 orang je lah yang ber"MDS". (Minggu Destini Siswa)

    Aku tak tahu lah apa kena dengan aku sepanjang MDS tu, ada je yang tak kena. Benda bukan masalah pun jadi masalah. Tapi orang yang paling banyak tolong aku masa tu ialah Nelfi. Yang paling aku takboleh lupa, aku terkotorkan kasut Nike dia dengan cat -,-' sebab masa tu cat tertumpah. Gila tension masa tu, dah takde aktiviti lain ke dorang nak suruh buat ? mengecat ? are you kidding me ?! tapi tu lah yang aku kena lalui masa MDS. Nina pulak, kejap dia group dengan kitorang kejap dia ke lain. So, masa MDS aku kurang sikit bercakap dengan dia. 


    jangan kau tanya apesal muka aku selekeh gilaaa. sebab pagi last day MDS tu kitorang satu bilik BANGUN LAMBAT ! start berkumpul pukul 7 pagi, tapi pukul 7 pagi tu la semua baru nak bangun. Amek kau, tak cukup tanah lari pergi courtyard. memang aku sarung je la tudung tu, takde masa nak kelepet lawa-lawa. kau tengok Nelfi tu haa, pakai tudung malas je. kahkahkah. 


    ni semua muka baru bangun tido. 
    kau nampak lelaki yang tertido dekat belakang tu ? 
    tak silap aku, budak tu nama Zaman kelas PL3A. *punn nak bagitahu*
    alahai Nina, lain macam comel kau masa ni. hari ke-5 kita kenal kan :)




    hangout for the 1st time


    lepas sebulan lebih macam tu, Farah dapat offer Asasi Sains dekat puncak alam. Sedih masa tu nak berpisah dengan dia walaupun kejap je sebilik. Banyak benda we shared together, and until now aku dengan Farah still contact each other even tho' dia jauh study kat Makasar, Indonesia. Bangga aku ada kawan doctor wannabe macam kau :)


    beberapa jam sebelum dia berangkat ke Puncak Alam


    Lepas dua minggu Farah pergi, Kak Asyrani masuk. Kakak senior dah part 5, disebabkan dia komander kesatria so dia dapat lah stay dekat kolej. Ada kakak senior lagi2 komander pulak tu, sangat lah terasa selamat :D ada berani nak rompak bilik kitorang ? hadap kak asy dulu lahh.  

    **takde gambar dengan kak asy**

    Dah part 2, Aida Juliana Mohamed.. classmate aku pulak meng"check-in"kan diri di M1-02-08. 


    kadang-kadang kalau datang sawan gedik aku, aku panggil dia Aida Jayyyy. muka tu kena over sikit tang "Jayyyy" tuh, bunyi pun dah ala-ala artis gitu kan. Macam seangkatan dengan pelakon Aida Aris, A. Aida, dan Aida Radzwill. Kalau nak bunyi kekeluargaan sikit aku panggil dia "Bukk", kalau panjang "Bibuk".  Dia ni pendiam lah jugak, tapi sekali dah bukak mulut, naahhh boleh buat gang gossip sambil makan biskut jacob. Dalam bilik dia ni paling berani *kadang-kadang*, kalau tido sebelah dia mesti ada torchlight. Mula-mula aku gelak gak dekat dia,bayangkan, tengah2 malam kau pegang torchlight tak ke macam mak guard ? kehkehkeh. Kalau Nina takde, dia la selalu temankan aku pergi toilet tengah2 malam. Ayat aku kalau nak ajak dia "bukk, kau ada rasa nak pergi toilet takk ?"  
    lepas tu mungkin dah lama-lama dia tensen dengan soalan aku tu kan, dia pun cakap...
    "kau kalau nak kencing cakap je lah terus terang, takpayah berkias-kias nak pergi toilet"
    amek kau, sentap mak.
    Sikap aneh dia ni, suka duduk ala-ala bertafakur kat atas katil lepas tu tenung-tenung orang. Sampai lah aku tanya "kau ni kenapa Aida ?" then baru lah dia sengih-sengih. Aneh beliau bukan? The best thing pasal Aida ? boleh jadi gang dengar oldies songs. :))


    Awww Nieyna AG ! Nur Amanina Mawaddah bt. Abdul Ghani panjang kan nama ? kalau time nak mengada dan menganjing aku panggil dia 'Mawaddah', orang Beseri, Perlis. kalau aku tak kenal dia, aku tak tahu pun kewujudan daerah Beseri. Yang aku tahu dekat Perlis tu Kangar dengan Arau je -,-'. Dia lah kawan aku duduk paling jauh. Sorry Nina, selama 3 sem ni aku tak berkesempatan pn nak pergi rumah kau kat sana. At least aku pernah jugak lah pergi rumah makcik kau kan dekat SP masa part 2 dulu, 3 hari pulak tu :). Nina ni pun lebih kurang je macam aku, masa mula-mula kat Merbok dua-dua "homesick". Tapi Nina ni untung sebab rumah dia dekat lah jugak, dari rumah dia ke merbok just take around 2 hours. Itu pasal lah kalau weekend dia jarang ada dekat bilik. So, kalau tetiba je dia tak balik masa weekend maka pelik lah rasanya. Nina ni cool je. Jarang sangat mood dia swing dan jarang cari pasal dengan aku. hahaha. Prinsip dia "whatever lah korangg" dengan muka malasnaklayan. Perkara yang aku akan rindu pasal Nina ? nak dating dekat kerusi batu sambil makan ice-cream :) . The best thing pasal Nina ? kalau nak buat air ke amek air ke dia akan ajak buat sama-sama. "Mal, jom buat air nak ?" ni kalau nak stay up lah. Lepas tu kalau time nak tido, dua-dua tengah takut lepas dgr citer hantu ke apa, Nina akan tanya "Mal, jom kita tido bawah sama-sama". haaa, dia macam tahu2 je aku pun tengah takut jugak masa tu.Nina, tahu tak aku rindu nak layan lagu jiwang dengan kau ? :) Lagu kenangan kita "Dirantai digelangi rindu" cewahhh

     ini hot setap UiTM Merbok u'ollss, kalau tak kenal siapa beliau baik berhenti asasi lah. :D
    Nelfi Amiera Mizan, ni anak sultan wehh.. sudu garpu semua disaluti emas. Haaa, kau mampu ? hahah ! masa minggu MDS kan kena tulis nama dekat kad pelajar sementara, pastu dia suruh lah aku tulis nama dia, katanya tulisan aku cantik. Masa tu aku tak berapa ingat nama dia, tapi dah dia suruh tulis aku tulis je la.. lepas aku bagi dia tetiba "weiii, nama aku bukan NEFLI lahhh" oh, aku salah eja eh ? -,-'. dari part 1 sampai part 3, many things we shared together tak kisah lah apa-apa pun. dari barang makan, toiletries, baju semua boleh share share. Mood dia ni kadang-kadang swing jugak, kalau nampak muka dia serious semacam, memang tak lah aku nak tegur sebab takutttt. :D . dia suka cari pasal dengan aku =p sebab tu selalu gaduh, hahah. Things that i will miss about her ? rindu nak dia tanya "Mal, aku dah gemuk tak ?" soalan ini acap kali ditanya selang 3 hari :D sekurang-kurangnya sekali seminggu. Atau, "Mal, okay tak baju ni pakai dengan tudung ni ?" dan "Mal, kau nampak tak spek aku ?". yes, aku akan rindu itu. 
    The best thing pasal nelfi ? kalau aku selsema, she is the one akan tanya "Mal, dah makan ubat belum ?" dengan muka serius habis. "ni apasal selsema ? kau minum ais eh ? kau ni degil lahh, dah tahu takboleh minum, kau minum jugak.. bla bla bla bla.."  dan aku hanya mampu diam. Masa mulut aku ulser, kau yang beriya letak ubat kan dalam mulut aku. you know what nelfi ? kau kawan paling caring aku ada. bila kau cakap macam tu kan, seriously its reminds me to my mum. enough said.




    Azira & Syazza, dua orang ni classmate Nina tapi aku dengan dorang pun jadi rapat sebab dorang selalu datang bilik. Azira ni jiran aku je, duduk bilik sebelah so, memang selalu dah datang lepak. Dorang ni pun dah jadi sebahagian family bilik aku tu dan Syazza pulak dah diiktiraf sebagai "rumet terkutip" :D emphh.. rindu dekat korang T__T 

    1001 kisah kita bersama dalam bilik tu kan, tak tertulis aku dibuatnya. Tapi biarlah tu semua jadi memori terindah buat kita semua.
    Aku pernah cakap dengan Nina, lepas ni aku taknak ada roomates lain.. aku nak korang jugak jadi roomates aku. Once you are my roomates, forever will be my roomates.
    Taktahu lah kalau lepas ni aku dapat roomates lain tapi tak sekepala macam dengan korang. Aku sangat-sangat bersyukur sebab jumpa dan dapat kawan sebilik macam korang. Allah je tahu betapa aku sayangnya aku dekat korang. Aku tak kisah kalau lepas ni mungkin ada antara korang dah lupa, tak ingat atau memang taknak ingat dekat aku, tapi yang pasti korang selamanya dihati aku. Insyaallah selagi hayat dikandung badan dan aku tak hilang ingatan, aku akan ingat korang sampai bila-bila, JANJI ! hopefully kita tak lost contact lah and keep in touch each other. 

    Maaf salah silap aku dekat korang selama ni. 
    Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.. InsyaAllah. 

    Salam rindu,
    Malina Azmi